Sunday, July 10, 2011

GEMPAQ:PULUHAN ISTERI WAKIL RAKYA KERACUNAN DI TERENGGANU

Selama yang selalu kita dengar cite pasal budak sekolah atau asrama yang keracunan makanan.tapi kali ini adalah isteri isteri yb.

Lebih 70 isteri wakil
rakyat keracunan
makanan
KUALA TERENGGANU, 10 Julai —
Lebih 70 isteri wakil rakyat yang
menyertai Program Tahunan
Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan
Nasional Se-Malaysia 2011 di sini,
semalam mengalami keracunan
makanan.
Pengerusi Jawatankuasa
Kesihatan, Perpaduan dan Hal
Ehwal Pengguna negeri, Dr A.
Rahman Mokhtar berkata
kejadian bermula kira-kira 11
pagi apabila beberapa daripada
mereka mengalami simptom
seperti muntah dan cirit birit dan
dirujuk ke klinik statik di hotel
penginapan mereka di sini.
Katanya daripada lebih 70 orang
yang mengalami simptom itu,
seramai 18 terpaksa dirujuk ke
Hospital Sultanah Nur Zahirah
(HSNZ).
“Hanya 15 yang ditahan di wad
kerana simptom yang dialami
mereka lebih serius namun
keadaan mereka stabil dan tidak
membimbangkan,” katanya
kepada pemberita ketika ditemui
semasa melawat para isteri wakil
rakyat berkenaan di HSNZ di sini
hari ini.
Menurut laporan Bernama Online,
punca kejadian masih disiasat,
namun beliau tidak menolak ia
mungkin berpunca daripada
makanan yang dihidangkan
dalam satu majlis makan malam
sebelum itu.
“Semua sampel makanan sudah
dihantar ke Jabatan Kimia untuk
pemeriksaan lanjut,” katanya

No comments: