Friday, July 15, 2011

SHAHRIZAT SIAP BERPERANG

Bersedia Hadapi Peperangan',
Kata Shahrizat
MUAR, 12 Julai (Bernama) --
Seluruh anggota Pergerakan
Wanita Umno dan Barisan
Nasional (BN) perlu bersedia
untuk menghadapi
"peperangan" di dalam bentuk
pilihan raya umum ke-13 yang
dijangkakan tidak lama lagi.
Ketua pergerakan itu, Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil yang juga
Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat berkata
Selasa, Wanita Umno dan BN
merupakan benteng dan perisai
kepada BN terhadap segala
ancaman.
"Kita berharap Wanita Umno dan
BN bersedia untuk menghadapi
peperangan, persiapkan diri kita
dengan strategi 'art of war' yang
terbaru di dalam usaha kita
untuk menghadapinya. Kita tidak
boleh ketinggalan," kata beliau.
Beliau berkata demikian pada
majlis perasmian Skuad Sayang
Parlimen Pagoh yang dirasmikan
oleh Timbalan Perdana Menteri
yang juga Timbalan Presiden
Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin
di Sekolah Kebangsaan Bukit
Rahmat, Kundang Ulu, Pagoh.
Menurutnya, anggota Wanita
Umno dan BN perlu menguasai
teknologi baru seperti 'social
network' di dalam usaha
pergerakan itu menghadapi
pilihan raya umum akan datang.
Mengenai perhimpunan haram
Bersih, Shahrizat berkata, Wanita
Umno boleh mengerahkan 1.3
juta anggotanya ke Kuala Lumpur
sebagaireaksi balas kepada
perhimpunan haram itu, tetapi ia
tidak mahu berbuat demikian.
Katanya, Wanita Umno tidak
memilih jalan berhimpun kerana
ia mematuhi undang-undang
dan kerana ia sayangkan negara.
"Tetapi jangan ambil mudah,"
kata beliau pada majlis itu yang
turut dihadiri Ketua Wanita
Umno Johor Datuk Sharifah
Azizah Syed Zain dan Ketua
Wanita Umno Pagoh Noriah
Mahat.
-- BERNAMA

No comments: