Saturday, July 16, 2011

BAHAYA SELALU GUNA GOOGLE

Jaman la..sikit sikit tanya pakcik google.dari ujung rambut sampai ujung kaki tanya google...Mesin carian internet
seperti Google telah mengubah
cara otak manusia mengingati
maklumat, demikian menurut
sebuah kajian terbaru yang
dilakukan oleh para saintis.
Seperti yang dikutip dari
Economic Times, Jumaat
(15/7/2011), kajian tersebut
mengatakan bahawa banyaknya
maklumat yang tersedia saat ini
di internet membuat orang
menjadi mudah lupa, kerana
komputer saat ini telah menjadi
'ingatan luaran' mereka.
Para penyelidik dari Harvard
University dan Columbia
University, mengatakan bahawa
Google dan laman database
seperti Amazon kini telah
dijadikan 'memori luaran' oleh
manusia, sehingga kemampuan
memori dalam sendiri pun jadi
kurang terasah.
Kajian tersebut juga menyatakan
bahawa kini orang lebih suka
untuk mengingati perkara yang
tidak boleh mereka dapati di
internet. Selain itu, kajian
tersebut juga menyebutkan
bahawa orang saat ini lebih
sukar mengingati perkara yang
mudah mereka dapati di internet.
"Semenjak hadirnya enjin carian
internet, kita jadi menukar
semula cara mengingati
sesuatu," ujar Betsy Sparrow,
psikologi dari Columbia
University.
"Kebergantungan otak kita
dengan internet untuk ingatan
saat ini, sama besarnya cara otak
berketergantungan pada ingatan
akan teman dan keluarga,"
tambahnya.
Selain itu, kajian tersebut juga
mengungkap bahawa cara
mengingati masyarakat saat ini
adalah tempat di mana mereka
menyimpan maklumat,
berbanding isi dari maklumat itu
sendiri.
Hasil kajian ini masuk ke dalam
sebuah makalah berjudul 'Google
Effects on Memory:
Consequences of Having
Information at Our Fingertips'
yang meruapakan ringkasan
daripada empat uji cuba kepada
para pelajar Harvard University
dan Columbia University. Kajian
ini juga diterbitkan dalam jurnal
online Science.

No comments: