Friday, July 8, 2011

PENUTUPAN JALAN JALAN SEKITAR KUALA LUMPUR SEMPENA BERSIH 2.0PENUTUPAN JALAN JALAN SEKITAR KUALA LUMPUR SEMPENA BERSIH 2.0


Beberapa jalan di sekitar Kuala
Lumpur akan ditutup atau
dilencongkan bermula tengah
malam ini, dalam usaha polis
cuba menyekat perhimpunan
BERSIH 2.0 yang dijadualkan di
Stadium Merdeka, esok.
Selain BERSIH 2.0, Pemuda Umno
juga berkata mereka akan
berkumpul di Jalan Bukit Bintang
pada jam 10 pagi sebelum
berarak ke Stadium Merdeka.
Menurut
sumber ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur,jalan-jalan yang akan ditutup atau
dilencongkan adalah sepanjang
Jalan Syed Putra, Jalan Istana,
Jalan Bukit Petaling, Jalan
Bellamy dan kawasan sekitar
Istana Negara.
Gangguan juga akan berlaku di
sepanjang Jalan Sultan
Hishammuddin, Jalan Lembah
Perdana, Jalan Chenderasari dan
kawasan sekitar Masjid Negara.
Kawasan lain adalah sekitar
Dataran Merdeka, Pasar Seni,
Masjid Jamek, Dataran DBKL,
Kompleks Sogo, Maju Junction,
Masjid Kampung Baru, Jalan
Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan
Sultan Ismail, Jalan Raja Laut,
Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku
Abdul Rahman, Jalan Haji Taib,
Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja
Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan
Dang Wangi, Jalan Munshi
Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja
Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan
Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan
Mahmud dan semua kawasan
berhampiran.
Sehubungan
itu, polis
meminta
orang ramai
memberi
kerjasama
untuk sentiasa mematuhi
peraturan lalulintas dan arahan
semasa oleh anggota polis trafik
yang membuat kawalan.
Polis juga menasihatkan orang
ramai yang tidak mempunyai
urusan penting di pusat bandar
agar tidak memasuki kawasan
berkenaan esok bagi
mengelakkan kesesakan
lalulintas.
Setakat ini, polis tidak
mengeluarkan sebarang permit
bagi sebarang perhimpunan,
esok.
Sementara itu, beberapa laluan
di pusat bandar dilaporkan juga
telah ditutup sebelum tengah
malam ini.
Selain itu,
beberapa
sekatan jalan
raya yang
menghubungkan pusat-pusat
bandar juga telah dijalankan
sejak petang tadi yang
dipercayai bagi melumpuhkan
perhimpunan BERSIH 2.0.
Antara laluan berkenaan adalah
di Dataran Merdeka dan Stadium
Merdeka.
Meskipun keadaan dilaporkan
terkawal dengan pengguna
kenderaan memberi kerjasama
selain mematuhi arahan pihak
polis, namun lalu lintas mulai
sesak apabila orang ramai
pulang dari pejabat.

No comments: