Friday, July 8, 2011

MATINYA PELAKU DRAMA TEBUSAN DI MUAR JOHORMATINYA PELAKU DRAMA TEBUSAN DI MUAR JOHOR

Lelaki Kurung Kanak-kanak,
Guru Taska Disahkan Meninggal
Dunia
MUAR, 7 Julai (Bernama) -- Lelaki
yang cedera ditembak selepas
mengurung dan menjadikan 30
kanak-kanak serta empat guru
wanita sebuah pusat jagaan di
Taman Sungai Abong Cemerlang
di sini sebagai tebusan selama
lima jam, disahkan meninggal
dunia Khamis.
Timbalan Ketua Polis Johor Datuk
Jalaluddin Abdul Rahman berkata
Loi Hui Chung, 40, meninggal
dunia di Hospital Pakar Sultanah
Fatimah pada 9.15 malam.
"Loi meninggal dunia selepas
kecederaan parah akibat sedas
tembakan di kepala. Polis,
bagaimanapun, sedang
menunggu laporan doktor untuk
pengesahan sebenar
kematiannya," katanya kepada
pemberita ketika sesi dialog
bersama keluarga kanak-kanak
terbabit di Ibu Pejabat Polis
Daerah Muar.
Beliau berkata Loi tidak
mempunyai rekod pesakit mental
tetapi memiliki dua rekod
berkaitan dadah di daerah ini
pada 1995 dan Negeri Sembilan
pada 2000.
Katanya, siasatan mendapati
lelaki itu tinggal bersama
keluarga kira-kira dua kilometer
dari pusat jagaan kanak-kanak
berkenaan.
Mengenai dakwaan lambat
bertindak dalam menyelesaikan
drama tebusan itu, Jalaluddin
berkata polis tiba di lokasi
dengan cepat, bagaimanapun,
terpaksa berhati-hati bagi
mengelak suspek mengancam
nyawa semua tebusan yang
berada di tingkat atas rumah dua
tingkatyang menempatkan
pusat asuhan kanak-kanak itu.
"Polis kena mengambil masa
yang panjang, termasuk
mengkaji tingkah laku suspek
dan senjata yang ada padanya.
"Polis juga perlu menggunakan
khidmat kaunselor dan keluarga
suspek untuk memujuk. Polis
juga perlu meletihkan suspek
supaya suspek tidak bertindak
agresif," katanya.

No comments: