Tuesday, July 5, 2011

Pemandu Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya ada mengugut untuk mengedarkan gambar-gambar yang tidak senonoh membabitkan ahli perniagaan itu, demikian Mahkamah Tinggi

Jeng..jeng..jeng.

Pemandu
Allahyarham Datuk Sosilawati
Lawiya ada mengugut untuk
mengedarkan gambar-gambar
yang tidak senonoh
membabitkan ahli perniagaan
itu, demikian Mahkamah Tinggi
dimaklumkan hari ini.
Isteri konsultan kewangan CIMB
Noorhisham Mohamad, Suzana
Radin Pangat memberi
keterangan, suaminya ada
menghubungi dia pada 30 Ogos
lalu sekitar pukul 8 malam dan
memaklumkan dia tidak akan
kembali ke rumah selama tiga
hari.
“Dia kata dia mahu selamatkan
Datuk Sosilawati,” kata Suzana.
“Dia berkata Kamal ugut Datuk
kerana dia ada foto-foto tidak
senonoh dan dia mengugut akan
mengedarkannya. Jadi dia
(Ahmad) Kamil (Abdul Karim)
mahu membantu Datuk,” kata
Suzana yang merujuk 'Kamal'
kepada pemandu Sosilawati,
Kamaruddin Shamsuddin.
Suzana menitiskan air mata
apabila dia memberitahu
mahkamah bahawa suaminya
yang didirikan rumah tangga 16
tahun lalu memintanya
memahami keadaan dan
memohon maaf banyak kali

No comments: