Monday, July 4, 2011

PASANGAN SUAMI ISTERI KUNING MANIA DI TAHAN

Suami Isteri Ditahan Polis
Kerana Memiliki Kemeja-T
Bersih
ALOR SETAR, 4 Julai (Bernama) --
Seorang lelaki dan seorang
wanita berumur 51 dan 48
tahun, yang dipercayai suami
isteri ditahan polis kerana
memiliki lima helai kemeja-T
Bersih dalam sekatan jalan raya
di Jalan Kubang Rotan-Kuala
Kedah dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP
Adzaman Mohd Jan berkata
ketika ditahan polis pada kira-
kira pukul 9.05 malam Sabtu
lepas, kedua-dua suspek menaiki
kereta jenis Proton Wira dan
semasa pemeriksaan, polis
menjumpai lima helai kemeja-T
Bersih dalam kereta berkenaan.
"Saya difahamkan mereka adalah
pasangan suami isteri. Mereka
ditahan mengikut Akta
Pertubuhan," katanya ketika
dihubungi Bernama di sini Isnin
.

No comments: