Monday, July 18, 2011

MULUT BAU LONGKANG ADALAH TANDA TANDA KORANG MATI PUCUK

Kesihatan
rongga mulut sering menjadi
indikator kesihatan tubuh secara
keseluruhan. Khusus pada lelaki,
bau mulut yang tak sedap yang
disertai gusi berdarah
merupakan faktor risiko yang
boleh membuat seseorang mati
pucuk atau susah ereksi.
Nafas atau bau mulut tak sedap
serta gusi berdarah merupakan
gejala periodontitis, seperti
radang atau jangkitan yang
menyerang gusi. Berbagai
penelitian membuktikan, ada
hubungan erat antara
periodontitis atau radang gusi
dengan risiko disfungsi ereksi
pada lelaki.
Salah satunya dilakukan oleh
para penyelidik di Luzhou
Medical College, China. Dalam
kesimpulannya para penyelidik
mengatakan, kesihatan seksual
lelaki cenderung memburuk jika
mengalami radang gusi dan
sebaliknya akan membaik setelah
masalah itu boleh diatasi.
Para penyelidik memang tidak
melihat hubungan secara
langsung, namun radang yang
berlaku di gusi menunjukkan
bahawa tubuh tidak mampu
melawan jangkitan. Gangguan
pada sistem kekebalan tubuh
itulah yang sebenarnya boleh
mencetuskan masalah disfungsi
ereksi.
Lelaki yang sering mengalami
radang, termasuk periodontitis
biasanya akan kekurangan enzim
tertentu yang dinamakan Enos.
Enzim yang menghasilkan
senyawa Nitrat Oksida ini sangat
diperlukan dalam proses ereksi,
kerana fungsinya adalah
melebarkan pembuluh darah.
"Penemuan ini kembali
membuktikan bahawa radang
gusi kesan buruk pada fungsi
ereksi," ungkap Dr David
Meldrum, pakar ereksi dari
University of California yang tidak
terlibat dalam kajian tersebut,
seperti dikutip dari
Myhealthnewsdaily, Rabu
(29/6/2011).
Penelitian para ahli di China ini
memang bukan kali pertama
mengaitkan periodontitis atau
radang gusi dengan masalah
ereksi. Sebelumnya radang gusi
juga dikaitkan dengan
penumpukan lemak di perut,
yang merupakan salah satu
faktor risiko disfungsi ereksi.
Meskipun begitu, tak semua ahli
sependapat dengan penemuan
yang diterbitkan di Journal of
Sexual Medicine edisi 23 Jun
2011 tersebut. Sebahagian lebih
sepakat jika radang gusi
dikaitkan dengan risiko
kesihatan secara am, termasuk
gangguan jantung dan diabetes.
"Saya tidak pasti kesihatan gusi
mempunyai berkaitan langsung
dengan zakar anda. Perlu
penelitian lebih lanjut untuk
memastikanya," ungkap Dr
Andrew Kramer, seorang ahli
bedah serta gangguan ereksi
dari University of Maryland.

No comments: