Thursday, June 16, 2011

KEMPEN GODAM OPERATION MALAYSIA BERMULA

Dasyat beb!! Mungkinkah senario godam menggodam akan mewarnai pilihan raya ke 13 nanti?

Operation Malaysia dilancarkan
oleh penggodam kumpulan
antarabangsa Anonymous bukan
sahaja menggodam laman web
rasmi kerajaan, tetapi juga
melakukan serangan ke atas 27
laman web yang lain.
Senarai itu termasuklah lima
laman web kerajaan, antaranya
kementerian penerangan,
jabatan bomba dan suruhanjaya
pengangkutan awam darat.

Meskipun ugutan kelmarin
mengatakan bahawa serangan
ke atas laman web rasmi
kerajaan akan dilancarkan awal
pagi ini tetapi beberapa laman
web dan portal sudah mula
diserang sejak petang semalam.
Sehingga pukul 8.30 pagi tadi,
laman web
www.malaysia.gov.my tidak
dapat diakses manakala
penggodam-penggodam lain
juga menyasarkan laman web
agensi pelancongan Sabah
www.sabahtourism.com dan
www.tourmalaysia.com.my.
Dengan menyerang laman web
Sabah Tourism, penggodam
mendakwa mereka telah
memperoleh data melibakan
lebih 3,400 pengguna agensi itu
dan menyiarkan butiran 392
akaun.
Sabah Tourism yang dapat
menstabilkan akses meletakkan
notis“offline” di muka depan
lamannya.
Bagaimanapun laman web Tour
Malaysia kekal dengan paparan
“Dragon Force” dan lagu “heavy
metal” berjudul “Through The
Fire And The Flames” dan mesej
mengecam kerajaan menghalang
akses kepada beberapa laman
web.
Malaysia menjadi negara terbaru
berhadapan dengan sasaran
perang siber yang digerakkan
oleh aktivis, yang mula popular
apabila mereka mengganggu
laman web MasterCard dan
Paypal yang memutuskan
perkhidmatan kewangan kepada
Wikileaks.
Mereka juga dilaporkan ada
hubungan dengan kumpulan-
kumpulan yang pernah
menggodam laman web di Syria,
Tunisia, Mesir dan India.
Laporan Reuters semalam
menyebut, Anonymous
mendakwa tindakan Malaysia
menapis program televisyen dan
filem dan menghalang laman-
laman perkongsian fail
menyebabkan pihaknya
mengambil tindakan mahu
menggodam laman web
http:www.malaysia.gov.my.
Pada 2009, Malaysia bercadang
untuk mengadakan sistem
tapisan Internet, yang mirip
projek Green Dam yang
diperkenalkan oleh China.
Bagaimanapun seperti juga di
China, Malaysia berundur
daripada melaksanakannya
ekoran kritikan banyak pihak.
Mengikut laporan media
semalam, Anonymous
mengancam untuk menggodam
laman web kerajaan di bawah
“Operation Malaysia” awal pagi
ini.
Kumpulan itu menghantar mesej
kelmarin mengatakan bahawa ia
akan menggodam pada pukul
3.30 pagi ini waktu Malaysia.
Ugutan itu dibuat dalam bentuk
grafik disiarkan di lamab web
http://i.imgur.com/PTFWh.png.
Dalam pada itu, laman web
akhbar tempatan New Straits
Times (nst.com.my) juga tidak
dapat diakses setakat pukul 10
pagi tadi, tetapi tidak pasti sama
ada ia disebabkan oleh serangan
siber ataupun sebaliknya

No comments: