Saturday, June 18, 2011

ANAK PEREMPUAN DATO SERI NAJIB BERTUNANG DENGAN JEJAKA KAZAKHSTAN

Selamat bertunang dan sampai jenjang pelaminan.


KUALA LUMPUR, 17 Jun
(Bernama) -- Nooryana Najwa,
anak perempuan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak dan Datin Seri Rosmah
Mansor, secara rasmi bertunang
dengan Daniyar Nazarbayev
dalam satu majlis di Seri Perdana,
Putrajaya Jumaat malam.
Majlis pertunangan pasangan itu
diserikan dengan kehadiran
keluarga serta rakan mereka,
selain orang kenamaan dari
Malaysia dan luar negara.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku
Mizan Zainal Abidin dan Raja
Permaisuri Agong Tuanku Nur
Zahirah berkenan menghadiri
majlis itu.
Yang turut berangkat ialah Sultan
Pahang Sultan Ahmad Shah dan
Sultanah Hajah Kalsom; Tengku
Mahkota Pahang Tengku
Abdullah dan Raja Muda Perak
Raja Nazrin Shah.
Turut hadir Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
dan isteri Puan Sri Noorainee
Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir
Mohamad dan isteri Tun Dr Siti
Hasmah Mohd Ali, Tun Abdullah
Badawi, menteri kabinet,
timbalan menteri serta pegawai
kanan kerajaan pusat dan negeri.
Hadir sama ibu Najib, Tun Hajah
Rahah Tan Sri Mohamad Noah.
Kenamaan asing yang hadir
termasuk Putera Mahkota Abu
Dhabi Jeneral Sheikh Mohammed
bin Zayed Al Nahyan dan isteri
Sheikha Salam binti Hamdan Al
Nahyan, serta Pengerusi Medina
Council Putera Saud bin Abdulaziz
Al-Saud.

No comments: