Monday, May 9, 2011

ORANG TERKAYA DI INGGERIS TERNYATA BUKAN MAT SALEH

Dikutip AFP dari The Sunday
Times, Senin (9/5/2011), jumlah
keseluruhan harta orang-orang
kaya di Inggeris tersebut disebut
mencapai 18 peratus daripada
Inggeris. 1,000 orang terkaya di
Inggeris melihat kekayaan
mereka terus meningkat dan
jumlah harta mereka tercatat
sebesar 395,8 bilion
poundsterling.
Jumlah miliarder di Inggeris saat
ini adalah 73 orang, naik jika
dibandingkan tahun lalu yang
sebanyak 53 orang. Hampir
menyamai 75 yang ditetapkan
dalam senarai 2008 sebelum
krisis kewangan. Sementara saat
Inggeris lahir tercatat sejumlah
40 orang.
Lalu pengusaha asal Rusia Alisher
Usmanov pindah dari kedudukan
keenam ke tempat kedua dalam
senarai selepas menambah
asetnya bertambah 7,7 bilion
euro sehingga hartanya menjadi
12.4 bilion poundsterling.
Usmanov mempunyai porsi
pemilikan yang besar di syarikat
besi dan baja Russia
Metalloinvest. Dan baru-baru ini,
Usmanov cuba menjadi
pemegang saham pengendali
kelab bola sepak Inggeris,
Arsenal.
Pengusaha wanita asal China
Xiuli Hawken, 48 tahun,
menduduki posisi ke-61. Dia
mengubah penampungan
tentera bawah tanah di China
menjadi pusat perbelanjaan
bawah tanah. Alhasil, harta
kekayaan wanita yang tinggal di
London ini tercatat sebanyak
1.06 bilion poundsterling.
Pengusaha perempuan yang lain
adalah Mary Perkins, yang
mendirikan rantai kedai
kacamata, Specsavers bersama
suaminya Douglas. Kekayaan
mereka meningkat 42 peratus
sejak tahun lalu menjadi 1.15
bilion poundsterling.
Kekayaan jutawan ini meningkat
ketika Inggeris menghadapi
langkah penjimatan anggaran
yang dicadangkan oleh koalisi
untuk mengurangkan rekod
defisit Inggeris.
Daftar orang terkaya ini
didasarkan pada kekayaan yang
dikenalpasti seperti tanah, harta
atau saham dalam syarikat
awam, dan tidak termasuk akaun
bank.
Berikut ini senarai 10 jutawan
seperti dilansir The Sunday Times
Rich List 2011,
1. Lakshmi Mittal, pengusaha baja
dengan harta 17,51 bilion
poundsterling. Sebelumnya juga
menduduki posisi pertama.
2. Alisher Usmanov, pengusaha
baja dengan harta 12.4 bilion
poundsterling. Sebelumnya dia
ada di posisi enam.
3. Roman Abramovich,
pengusaha minyak dan industri
turunannya dengan harta 10,3
bilion poundsterling. Sebelumnya
menduduki peringkat kedua.
4. Duke of Westminster,
pengusaha hotel dengan harta
tujuh bilion pound. Sebelumnya
ada di peringkat tiga.
5. Ernesto dan Kirsty Bertarelli,
pengusaha di sektor farmasi
dengan harta 6,87 bilion
poundsterling. Sebelumnya ada
di posisi empat.
6. Leonard Blavatnik, pengusaha
industri dengan harta 6,237
bilion poundsterling. Sebelumnya
dia ada di posisi 15.
7. John Fredriksen dan keluarga,
pengusaha perkapalan yang
memiliki harta 6,2 bilion
poundsterling. Sebelumnya ada
di posisi 16.
8. David dan Simon Reuben,
pengusaha hotel dan internet
dengan harta 6,176 bilion
poundsterling. Sebelumnya dia
ada di peringkat lima.
9. Gopi dan Sri Hinduja,
pengusaha di sektor kewangan
dengan harga enam bilion
poundsterling. Dia baru masuk
menjadi orang terkaya di
Inggeris.
10. Galen dan George Weston,
pengusaha runcit dengan harta
enam bilion poundsterling.
Sebelumnya dia ada di posisi
tujuh.

No comments: