Sunday, May 8, 2011

KRISTIAN AGAMA RASMI?KOMEN TOK GURU YANG COOL


Kristian-Islam:
‘Takkanlah saya mahu
percaya Utusan’, kata Nik
Aziz


simple dan cukup cool menurut gua apa yang dikatakan oleh mb kelantan ni.

KUALA LUMPUR, 8 Mei — Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata
beliau sama sekali tidak
mempercayai laporan Utusan
Malaysia semalam, yang
mendedahkan kononnya ada
usaha pihak Kristian mahu
menjadikannya agama rasmi
negara ini.
Sebaliknya Menteri Besar
Kelantan dan Mursyidul Am PAS
(gambar) itu memperli laporan
akhbar milik Umno dengan
berkata jika rakan komponen
Barisan Nasional (BN) tidak
mempercayai Utusan Malaysia
mengapa perlu beliau
mempercayainya.
“Saya ditanya oleh pihak media
berkenaan laporan muka
hadapan Utusan Malaysia pada
semalam kononnya usaha
menjadikan Kristian agama rasmi
negara.
“Saya katakan, lagikan MCA tidak
percaya Utusan Malaysia,
takkanlah saya mahu percaya?”

katanya dalam entri di laman
Facebook.
Utusan Malaysia semalam
melaporkan wujudnya
perbincangan untuk menjadikan
Kristian sebagai agama rasmi
negara sekali gus melantik
perdana menteri dalam kalangan
penganut itu.
Laporan muka depan dengan
tajuk“Kristian agama rasmi” itu
turut disiarkan dalam beberapa
blog pro-Umno.
Blog-blog itu menuduh DAP
menghasut dengan cuba
meminda undang-undang
negara untuk menjadikan
mereka yang beragama Kristian
menjadi perdana menteri,
dengan menunjukkan gambar
berbintik-bintik yang didakwa
mereka sebagai pakatan rahsia
antara DAP dan pastor-pastor di
sebuah hotel di Pulau Pinang,
Rabu lalu.
Perlembagaan Persekutuan tidak
memperuntukkan syarat agama
atau kaum bagi seseorang
menjadi perdana menteri.

No comments: