Wednesday, May 4, 2011

GEMPAQ:HARGA PETROL RON97 DISELARASKAN MULAI MALAM NI

Bermula tengah malam ini,
petrol RON 97 akan dijual pada
harga baru, iaitu RM2.90 seliter.
Kenaikan itu bagaimanapun
tidak melibatkan RON 95 dan
bahan api lain di negara ini.
RON 95 kekal pada harga
RM1.90 seliter.
Kenaikkan RON 97 ini adalah
yang tertinggi dalam sejarah
negara dan dipercayai berikutan
kenaikan harga minyak mentah
di pasaran dunia.
Bulan lalu,
harga petrol
RON 97
dinaikkan 20
sen kepada
RM2.70 seliter.
Harga RON 97 diapungkan sejak
31 Januari lalu mengikut harga
pasaran semasa dan sejak itu ia
kali ketujuh harga petrol gred
itu dinaikkan.
Petrol gred ini lazimnya
digunakan oleh kenderaan yang
memerlukan prestasi yang
tinggi. Semua kenderaan
berpendaftaran asing dilarang
membeli RON 95 dan mereka
menggunakan minyak gred RON
97.
RON 97 pada suatu ketika juga
adalah minyak yang seringkali
digunakan oleh rakyat sehingga
minyak lebih murah RON95
diperkenalkan pada September
2009. Ketika itu RON 97
berharga RM1.80 seliter.

No comments: