Friday, May 6, 2011

BERITA GEMPAQ: HARGA MINYAK TURUN!

Harga
minyak mentah jatuh di New
York pada Kamis (5 / 5) waktu
setempat, dibawah 100 dolar
Amerika Syarikat pada barel
untuk pertama kalinya sejak 16
Mac 2011. Harga anjlok setelah
data pekerjaan Amerika Syarikat
mengecewakan dan kenaikan
dolar mendorong kebimbangan
terhadap permintaan minyak,
kata para penganalisis.
Kontrak utama New York, minyak
mentah "light sweet" atau
dikenali juga West Texas
Intermediate (WTI) untuk
penghantaran Jun, ditutup pada
99,80 dolar AS per barel, turun
9,44 dolar AS, atau 8,6 persen,
dari Rabu ( 4 / 5). Kontrak WTI
terus menurun selepas pasaran
ditutup, menuju ke arah 98 dolar
AS per barel. Di London, minyak
mentah "Brent North Sea" untuk
penghantaran Jun merosot 10,39
dolar AS menjadi menetap di
110,8 dolar AS per barel. Harga
telah bergerak naik tajam,
dengan WTI hampir mencapai
tanda 115 dolar AS per barel
pada 2 Mei, di tengah rusuhan
Arab dan krisis nuklear di Jepun
selepas bencana gempa bumi
dan tsunami11 Mac.
Harga minyak juga terpukul
setelah laporan pekerjaan AS
menunjukkan pemulihan
pasaran tenaga kerja kesulitan
menjelang angka utama
pekerjaan April pada Jumat (6 /
5). Minyak menuju selatan
"kerana keraguan tentang
ekonomi AS dan kemampuannya
Penganalisis CMC Markets, Michael
Hewson menambah, minyak juga
di bawah tekanan jual berat dari
kebimbangan perlambatan
pertumbuhan ekonomi di
seluruh dunia.
"Data ekonomi dari AS yang
buruk dan dasar kenaikan suku
bunga di China dan India telah
mendorong kebimbangan
menurunnya pertumbuhan
ekonomi di seluruh dunia, dan
kerana itu permintaan turun,
menghantar harga minyak lebih
rendah," tambahnya dikutip AFP.

Ps:kalau harga minyak boleh naik,berarti boleh turun juga

No comments: