Wednesday, April 13, 2011

BEBAS DAN LEPAS TUDUHAN MEMBUNUH:UNTUNGNYA MENGGAJI AMAH TANPA DOKUMEN?

Tajuk ni heboh diperkatakan orang awam.apapun kita mesti menghormati semua putusan hakim dan mahkamah yang tentu dibuat dengan adil dan bijaksana.

SHAH ALAM: Pengurus sebuah
syarikat katering, Mohafri
Mohamed tergamak melakukan
hubungan seks dengan
kekasihnya di bilik utama yang
sama di mana mayat isterinya
disumbat ke dalam almari
selepas dibunuh.
Teman wanita tertuduh, Nazratul
Anis Zainal Abidin, 23,
memberitahu Mahkamah Tinggi
di sini pada Isnin, selepas masuk
dan meletakkan beg pakaian di
ruang tamu dia kemudiannya
naik ke bilik utama untuk
menggunakan tandas. Selepas
itu, katanya, Mohafri
mengajaknya melakukan
hubungan seks( berita tahun lalu ).


SHAH ALAM – Kegagalan pihak
pendakwaan memanggil
seorang amah Indonesia dikenali
sebagai Yayuk memberi
keterangan menyebabkan Hakim
Mahkamah Tinggi di sini
semalam membuat keputusan
melepas dan membebaskan
seorang pengurus syarikat
katering, Mohafri Mohamed
daripada tuduhan membunuh
isterinya, Fazlina Ahmad dua
tahun lalu.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin
Baki dalam alasan ringkas
penghakimannya berkata,
mahkamah kesal dengan
tindakan pegawai penyiasat kes
itu, Asisten Supritendan Siti
Nathiroh Abu Bakar, 29, yang
tidak memanggil Yayuk untuk
memberi keterangan.
Polis melakukan siasatan
terhadap Yayuk, pembantu
rumah mangsa yang tiada
dokumen, malah semua fakta
mengenai penahanan dan
pembebasan Yayuk adalah dalam
pengetahuan polis.
“Kegagalan mengambil langkah
untuk memastikan Yayuk hadir
memberi keterangan adalah
dikesali dan kegagalan itu telah
menyebabkan kelompangan
dalam kes pendakwaan,” kata
beliau ketika membaca
keputusannya semalam.

2 comments:

iLiAiSyAhkaDir said...

pada pendat saya la kan kalau boleh se elok eloknya lah kan, tak payah nak mengaji amah kan? kalau oerlu sangat pembantu, boleh jer cari orang melayu kita sendiri kan? kan? tapi ada ke orang kita nak jadi pembantu? kontractor pon indon sume. . kenapa kena ada pembantu rumah?

aliza said...

kenapa ada pembantu rumah?
mungkin adik masih single..?
cuba pk kalu adik ada 3 anak kecil macam akak.. sorang anak 250x3=750 utk antar taska je.. keja rumah sumer blom settle... kalau ada bibik br 500 sume keja ok (tupun kalu dapat yg ok).. pasal pembantu tempatan.. ada bukannya x da tp demand tinggi, keja sampai petang gaji 700 minimum... so kalu gol kelas menengah nie, bibik lae jalan penyelesaiannya..
ok dik jom join contest nie http://ezaiza.blogspot.com/2011/04/contest-hoi-aku-wakil-sekolah.html