Tuesday, April 12, 2011

DADAH: AMENG SPRING KENA SEBATAN DAN PENJARA 8 TAHUN


Penyanyi kumpulan Spring, Wan
Aminuddin Wan Ismail atau lebih
dikenali sebagai Ameng,
dihukum penjara lapan tahun
dan dikenakan 10 sebatan oleh
Mahkamah Sesyen di sini hari ini
kerana kesalahan dadah.
Hakim Abu Bakar Katar
menjatuhkan hukuman itu
selepas Ameng, 42, mengaku
bersalah terhadap kesemua tiga
pertuduhan yang dikenakan
terhadapnya.
Ameng, didakwa bersama-sama
isterinya Sabariah Zakaria, 41,
bagi pertuduhan pindaan
pertama dan kedua. Sabariah
yang mengaku tidak bersalah
kemudiannya dibebaskan
selepas pihak pendakwaan
menarik balik kedua-dua
pertuduhan terhadapnya.
Bagi pertuduhan pindaan
pertama, Ameng dihukum
penjara lapan tahun dan 10
sebatan selepas mengaku
bersalah memiliki kanabis
seberat 105.90 gram dalam
sebuah bilik hotel di Jalan Melaka
Raya 3, Taman Melaka Raya,
Bandar Hilir di sini pada 5.20
petang 1 Feb lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 6,
Akta Dadah Berbahaya 1952 dan
boleh dihukum di bawah
Seksyen 39A (2), Akta yang sama
dan dibacakan bersama di
bawah Seksyen 34 Kanun
Keseksaan, yang membawa
hukuman penjara seumur hidup
atau penjara tidak kurang dari
lima tahun dan sebatan tidak
kurang dari 10 sebatan.
Bagi pertuduhan pindaan kedua,
Ameng dihukum penjara dua
tahun setelah mengaku bersalah
pada waktu, tempat dan tarikh
yang sama, memiliki dadah
methamphetamine seberat 0.22
gram.
Dia didakwa mengikut Seksyen
12, Akta Dadah Berbahaya 1952
dan boleh dihukum mengikut
Seksyen 12 (3), akta yang sama
dan dibaca bersama mengikut
Seksyen 34 Kanun Keseksaan,
yang membawa denda tidak
lebih RM100,000 atau penjara
tidak lebih lima tahun atau
kedua-duanya.
Bagi satu lagi pertuduhan,
Ameng dihukum penjara satu
tahun dengan dua tahun
pengawasan polis selepas dia
mengaku bersalah melakukan
pemberian diri sendiri dadah
jenis methamphetamin, di
pejabat siasatan jenayah
narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah
Melaka Tengah di sini, pada 6
petang 1 Feb lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen
15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya
1952 (pindaan 2003) dan boleh
dihukum mengikut Seksyen
15(1)(b) akta yang sama dan
dibaca bersama Seksyen 38b
akta sama, yang membawa
hukuman denda tidak lebih
RM5,000 atau penjara tidak lebih
dua tahun dan dua tahun
pengawasan.
Hakim Abu Bakar memerintahkan
hukumanpenjara bagi tiga
pertuduhan tersebut berjalan
serentak bermula tarikh dia
ditangkap pada 1 Feb lepas,
bermakna Ameng menjalani
hukuman penjara sebanyak
lapan tahun dan 10 sebatan
serta dua tahun pengawasan
oleh polis

No comments: