Friday, April 29, 2011

SUMPAH LAKNAT:PANDANGAN JAMIL KHIR BERCANGGAH?

Sumpah Eskay: Itu kerja
orang jahil, kata bekas
Mufti Wilayah


KUALA LUMPUR: Bekas Mufti
Wilayah Persekutuan, Dato Md
Hashim Yahya berkata sumpah
yang tidak dilakukan menurut
hukum syarak, diumpamakan
sebagai kerja-kerja orang jahil.
Beliau diminta mengulas
tindakan salah seorang trio
datuk T, Shazryl Eskay Abdullah
yang melakukan sumpah laknat
di sebuah masjid di Sentul kira-
kira pukul 4.15 petang tadi,
Ulama terkenal itu berkata, tidak
ada peruntukan dalam undang-
undang Islam yang
membenarkan sumpah seperti
yang dilakukan Eskay, berhubung
tuduhan seks terhadap Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
“Dalam hukum qazaf, iaitu
peruntukan untuk sabitan kes
zina dan liwat, pihak yang
menuduh perlu membawa empat
orang saksi terlebih dahulu.
“Sekiranya gagal membawa
empat saksi, yang menuduh itu
akan dikenakan hukuman qazaf
sebanyak 80 rotan,” ujarnya
ketika dihubungi
Keadilandaily.com.
Bagaimanapun, sumpah li’an
iaitu sumpah laknat itu pula
katanya, hanya tertakluk antara
suami dan isteri sahaja dan tidak
ada peruntukan selain itu dalam
hukum Islam.

Tambah beliau, seseorang suami
yang menuduh isterinya berzina
perlu melalui prosedur
perbicaraan di mahkamah
terlebih dahulu di mana dia perlu
mengemukakan empat saksi
seperti yang digariskan Islam
seperti tidak fasik dan membuat
dosa-dosa besar.
Sekiranya tuduhan itu tidak
dapat dibuktikan, katanya,
mahkamah kemudian akan
memerintahkan supaya kedua-
duanya melakukan sumpah li’an.
“Mereka yang menuduh isterinya
berzina tapi tak dapat bawa
empat saksi, maka dibolehkan
kedua-duanya bersumpah.
“Kalau tak dapat bawa empat
saksi suami dan isteri melakukan
zina, dengan perintah
mahkamah boleh dilakukan
sumpah li’an. Kalau mahkamah
panggil untuk kedua-duanya
bersumpah, mahkamah akan
perintah untuk buang kes itu.
Siapa yang bersalah, itu
diserahkan kepada Allah untuk
menentukan.
“Tetapi ia dengan perintah
mahkamah, tak boleh sendiri-
sendiri bersumpah
. Kalau kedua-
duanya bersumpah, yang
menuduh tidak kena 80 rotan
dan yang dituduh pula tidak
kena had zina. Qadi pula akan
menjatuhkan fasakh iaitu tidak
boleh rujuk sampai bila-bila.
“Kalau bukan arahan mahkamah,
apa faedahnya bersumpah. Ia
tidak kena dengan hukum
syarak,” ujar beliau.
Tambah beliau, dalam kes
bersumpah yang cuba dilakukan
Eskay, ia tidak memberi sebarang
kesan atas pendakwaan dari
sudut sistem perundangan Islam,
malah semakin mengelirukan
umat Islam.
“Ia tidak memberi kesan apa-
apa, tambah mengelirukan umat
Islam dan menyebabkan fitnah
itu berterusan. Ini menimbulkan
kekeliruan kepada masyarakat.
“Ini kerja orang jahil dan tidak
ada faedah.
“Kalau sumpah, orang hisap
dadah, mencuri dan merompak
pun boleh bersumpah dengan
begitu mudah dan terlepas dari
hukuman,” ujarnya.
Beliau mengulangi kisah yang
terjadi kepada Hilal Bin Umaiya
yang menuduh isterinya berzina
dengan Sharik Bin Sahma seperti
yang diceritakan dalam surah An
Nur, ayat 6.
“Rasulullah kemudian berkata
kepada Hilal, sekiranya dia tidak
dapat membawa empat saksi,
Hilal akan dihukum dengan 80
sebatan, walaupun Hilal
mendakwa melihat dengan mata
sendiri isterinya melakukan
zina,” ujarnya.



PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Jamil
Khir Baharom menyambut baik
sekiranya benar pihak terbabit
dengan isu video seks yang
dikatakan membabitkan Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim, ingin bersumpah
mubahalah iaitu sumpah laknat.
"Saya tidak tahu mengenai
perkara itu, tetapi kalau benar
alhamdulillah dan amat dialu-
alukan supaya umat Islam dapat
penjelasan mengenai kedudukan
sebenar.
"Kita juga amat gembira dan
bersyukur pada Allah kerana ia
mungkin dapat menyelesaikan
satu perkara besar yang
sekarang membebani fikiran
umat Islam," katanya kepada
pemberita di sini.
Beliau berkata demikian sebagai
mengulas pertanyaan pemberita
berhubung khabar angin
kononnya ketua pembangkang
itu bersama Datuk Trio yang
dikatakan terbabit dalam
pendedahan video seks tersebut
akan mengangkat sumpah laknat
dalam masa terdekat.
Selain mekanisme mahkamah
dan siasatan polis, salah satu
mekanisme dalam Islam ialah
angkat sumpah untuk tujuan
pembuktian, kata Jamil Khir.
Laporan sebuah akhbar
berbahasa Melayu pada Rabu
turut menyarankan Ketua
Pembangkang itu untuk
mengangkat sumpah laknat di
hadapan rakyat jelata dan para
pengikutnya bahawa
pendedahan Datuk Trio itu
adalah tidak betul. - BERNAMA

No comments: