Friday, April 1, 2011

RASUAH:ADUN LENGGENG DIJATUHI HUKUMAN PENJARA DAN DENDA

ADUN Lenggeng didenda
RM20,000, 3 tahun penjara
1 Apr, 11 4:08pm
ADUN Lenggeng, Mustafa Salim
hari ini dijatuhi hukuman
penjara tiga tahun dan denda
sebanyak RM20,000 oleh
Mahkamah Sesyen Seremban.
Bagaimanapun, Hakim Amran
Jantan membenarkan
pelaksanaan hukuman penjara
ditangguhkan sehingga
rayuannya didengar di
Mahkamah Tinggi.
Mustafa, 53,
didakwa menerima
suapan RM2,000
daripada M
Manimaran sebagai
dorongan
mengeluarkan surat sokongan
berkaitan projek pasir di
Restoran Jahrin Maju, Taman
Bunga Raya 2, Mantin, dekat sini
pada 5 petang, 31 Ogos 2008.
ADUN BN itu didakwa mengikut
Seksyen 10(a)(aa) Akta
Pencegahan Rasuah 1997 yang
membawa hukuman penjara
sehingga 20 tahun serta denda
lima kali ganda daripada jumlah
suapan atau minimum
RM10,000.
Mustafa yang berpakaian kemas
kelihatan sugul ketika hakim
menjatuhi hukuman itu dalam
mahkamah yang dipenuhi oleh
kaum keluarga tertuduh dan
pengadu kes itu, Manimaran
yang turut.
Terdahulu, Amran menolak
rayuan peguam bela tertuduh
yang meminta supaya
mahkamah mengenakan
hukuman ringan melalui
jaminan bon dan syarat
berkelakuan baik.
"Faktor utama dalam kes ini
ialah kepentingan awam.
Kesalahan ini sangat serius
kerana ia dilakukan oleh orang
yang berjawatan. Tidak wajar
Orang Kena Tuduh (OKT)
dilepaskan kerana kalau lepas, ia
memberi gambaran mahkamah
tidak serius," katanya.
Pada 3 Nov tahun lalu,
Mahkamah Tinggi Seremban
memerintahkan tertuduh
membela diri terhadap tiga
pertuduhan rasuah yang
dihadapinya selepas
membenarkan rayuan
pendakwaan.
Rayuan itu dikemukakan oleh
pihak pendakwaan selepas
tertuduh dibebaskan oleh
Mahkamah Sesyen di Seremban
atas semua pertuduhan pada 14
April tahun lalu tanpa diarah
membela diri di akhir kes
pendakwaan.
Pada 4 Mac lalu, Amran
memutuskan Mustafa didapati
bersalah atas satu tuduhan
rasuah iaitu menerima RM2,000
daripada Manimaran dan
membebaskannya dari dua lagi
pertuduhan rasuah iaitu
menerima suapan RM3,000
daripada pengadu melalui
Mustafa Pendek di Lot 1321,
Mukim Pantai, Seremban, pada
11 pagi, 28 Ogos 2008.
Tertuduh juga bebas dari
dakwaan meminta suapan
sebanyak RM2,000 daripada
ontraktor yang sama di pejabat
SPRM negeri di Jalan Datuk Klana
Ma'amor di Seremban pada 9.05
malam, 30 Ogos 2008.
Pendakwaan diwakili Timbalan
Pendakwa Raya Suruhanjaya
Pencegahan Rasuan alaysia
(SPRM) negeri, Feza Fazlin Fandi
sementara Mustafa diwakili
peguam eisal Mustapha dan
Datuk Taqiyuddin Yahya.

No comments: