Seronoknya minyak naik harga....oppsstt harap harap bukan APRIL FOOL
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama)
--Bermula tengah malam ini,
petrol RON 97 dijual dengan
harga baru pada RM2.70 seliter,
kata Timbalan Presiden
Persatuan Penjual Pengusaha
Stesen Minyak Malaysia (PDAM)
Datuk Zulkifli Mokti.
Kenaikan itu bagaimanapun
tidak melibatkan RON 95 dan
bahan api lain di negara ini.
Zulkifli berkata peningkatan
sebanyak 20 sen itu berikutan
kenaikan harga minyak mentah
di pasaran dunia kepada US$114
setong minggu ini berbanding
US$105 minggu lepas.
"Kenaikan harga minyak mentah
itu berikutan krisis di Timur
Tengah," katanya ketika
dihubungi Bernama di sini.
Zulkifli juga berkata harga
minyak mentah dijangka terus
meningkat ekoran situasi di
Timur Tengah itu yang mungkin
berterusan.
Pada 31 Jan lepas, harga RON 97
yang diapungkan mengikut
harga pasaran semasa
meningkat 10 sen kepada
RM2.50 seliter.
No comments:
Post a Comment