Thursday, March 24, 2011

KESAN LETUPAN LOJI NUKLEAR JEPUN SAMPAI KE FINLAND

Zarah Radioaktif dari Jepun
Sampai ke Finland
Khamis, 24 Mac 2011 02:29 WIB Xinhua-
OANA) - Pihak
Keselamatan
Nuklear dan Radiasi Finland
dalam sebuah pernyataannya
pada Rabu mengatakan bahawa
jejak zarah radioaktif daripada
kemalangan nuklear Jepun telah
dikesan di Finland.
Namun pihak berkuasa
keselamatan nuklear itu
menekankan bahawa
pencemaran tersebut tidak
berbahaya bagi kesihatan
manusia.
Menurut kenyataan tersebut,
sejumlah kecil isotop yodium
radioaktif, yang secara konsisten
dilepaskan ke udara oleh reaktor
rosak di Pembangkit Listrik
Tenaga Nuklir Fukushima di
Jepun, telah dikesan di sampel
udara di ibu kota Finland,
Helsinki, dan kota besar paling
utara di negara itu, Rovaniemi .
Namun, pihak berkuasa nuklear
tersebut menegaskan bahawa
tahap radiasi yang terukur di
Finland, yang tidak melebihi satu
milibecquerel dalam satu meter
padu udara, hanya seperjuta dos
yang boleh membahayakan bagi
kesehatan manusia. Sehingga,
warga Finland tidak perlu
mengambil langkah pencegahan
apa pun berkaitan hal itu.
Pihak tersebut juga mengatakan
dalam pernyataannya bahawa
pencemaran radiasi dari Loji nuklear
Fukushima
akan menyebar di
seluruh wilayah belahan Bumi
utara dan kawasan-kawasan lain
akan mengesan zarah radioaktif
di kemudian hari.

No comments: