Thursday, March 24, 2011

ERRA FAZIRA NAFI RUMAHTANGGA DENGAN EMRAN DALAM KRISIS


Biasalah namapun artis,gossip tu mesti ada.kan ada ungkapan manakan pokok akan bergoyang kalau takda angin.tapi gua rasa jaman sekarang pokokpun boleh goyang tanpa angin.hahaha.cuba je korang goyang pokok bunga depan rumah.
KUALA LUMPUR, 24 Mac — Aktres
dan penyanyi jelita, Erra Fazira,
37, ternyata terkejut apabila
mendapat tahu tentang gosip
terbaru berhubung rumah
tangganya yang mula
diperkatakan kembali, lapor
akhbar hari ini.
Terbaru, Erra dikatakan sudah
tidak lagi tinggal sebumbung
dengan suaminya, Engku Emran
Engku Zainal Abidin, 36.
Malah, berita juga mula tersebar
mengatakan bekas Ratu Cantik
Malaysia itu kini hidup bermadu.
“Tiada alasan untuk saya
melenting atau melatah dengan
kisah terbaru yang saya dengar
ini.
“Apa yang boleh saya katakan
semua ini tidak betul dan saya
anggap ia merupakan kisah
lucu,” kata Erra dipetik Utusan
Malaysia hari ini.
“Saya masih isteri Emran dan dia
tetap pulang ke rumah seperti
selalu. Saya juga menganggap
perkara ini adalah satu putaran
dalam kehidupan seorang artis
yang tidak terlepas daripada
dicuit dengan berita sebegini,”
katanya sambil menambah:
“Hakikatnya, saya sudah bersedia
untuk berdepan dengan situasi
seperti ini sejak mendirikan
rumah tangga.”
Erra atau nama sebenarnya
Fazira Wan Chek berkata
demikian kepada pemberita
pada selepas merasmikan
pelancaran mutiara terbaru
keluaran Rafflesia The Pearl
Centre, Primadona Classic
semalam.
Sebelum ini, rumah tangga
pelakon yang mula menempa
nama menerusi filem Sembilu
pada tahun 1994 itu juga
menjadi bualan apabila Engku
Emran dikatakan menjalin
hubungan dengan seorang
wanita yang merupakan teman
sekerjanya di Bernama TV.
Erra dan Engku Emran yang juga
Ketua Pegawai Eksekutif saluran
berita di Bernama TV itu
mendirikan rumah tangga pada
25 Oktober 2007.
Hasil perkahwinan mereka telah
dikurniakan dengan seorang
anak perempuan, Engku Aleesya
yang berusia hampir dua tahun.


No comments: