Sunday, February 6, 2011

SAPA KATA PETROL MAHU NAIK HARGA LAGI?

Kerajaan Belum Cadang
Naikkan Harga Petrol Dan
Diesel - Ismail Sabri
BERA, 6 Feb (Bernama) --
Kerajaan belum bercadang
menaikkan harga petrol dan
diesel sekalipun harga minyak
mentah dunia kini telah
mencecah USD$100 setong.
Malah, Menteri Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob berkata kabinet
juga belum membincangkan
mengenai kenaikan harga bahan
tersebut.
"Kerajaan tidak sewenang-
wenangnya menaikkan harga
minyak kerana kajian
menyeluruh perlu dilakukan
sebelum kenaikannya
diumumkan," katanya kepada
pemberita selepas majlis
sambutan Tahun Baru Cina
peringkat Parlimen Bera di
Triang, dekat sini Ahad.
Ismail Sabri yang juga anggota
Parlimen Bera berkata
berdasarkan situasi semasa,
harga minyak mentah dunia
dilihat akan semakin meningkat,
sekali gus meningkatkan beban
subsidi kerajaan.
"Kenaikan harga minyak dunia
tidak dapat dielakkan, ketika ini
pun berlaku pergolakan di Mesir
yang juga pengeluar minyak
dunia, secara tidak langsung
turut menjejaskan pengeluaran
minyak dunia," katanya.
Bagaimanapun, Ismail Sabri
berkata rakyat di negara ini
masih menikmati harga minyak
yang murah berbanding negara
serantau.
"Rakyat Malaysia sebenarnya
masih beruntung kerana
kerajaan prihatin memberikan
subsidi, sepatutnya kita
bersyukurlah," katanya.
Katanya sepanjang tahun lepas,
memperuntukkan subsidi
berjumlah RM6.3 bilion tahun
lepas untuk petrol dan diesel.
"Sebanyak RM3.3 bilion bagi
subsidi petrol RON 95 dan
bakinya subsidi diesel," katanya.

No comments: