Sunday, February 6, 2011

Mangsa lemas sungai perak

Lagi mangsa lemas Sg Perak
ditemui
6 Feb, 11 11:38am
Seorang lagi mangsa lemas yang
dihanyutkan arus deras ketika
mandi manda di Sungai Perak
petang semalam ditemui hari ini
kira-kira satu kilometer dari
tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala
Kangsar, Supt Abdul Ghaffar
Muhammad berkata, mangsa
Mohamad Imran Rosli, 10,
ditemui terapung pada pukul
7.10 pagi tadi oleh anggota
Jabatan Bomba dan Penyelamat
dan mayatnya dihantar ke
Hospital Kuala Kangsar untuk
dibedah siasat.
Seorang lagi mangsa berumur
lapan tahun yang dikhuatiri
hilang di sungai berkenaan
dalam kejadian pada pukul 4
petang, semalam masih belum
ditemui dan operasi mencari
sedang dijalankan, katanya
ketika dihubungi hari ini.
Abdul Ghaffar berkata, dalam
kejadian semalam tiga kanak-
kanak bersama keluarga mereka
mandi di sungai yang terletak
kira kira 400 meter daripada
rumah mereka di Kampung Pauh
Pulai, Ara Panjang, Manong.
Semalam, Suhairi Nizam
Baharudin, 12, yang berjaya
diselamatkan, meninggal dunia
semasa dalam perjalanan ke
Hospital Kuala Kangsar.
Operasi mencari dan
menyelamat membabitkan lebih
30 anggota Polis, Jabatan Bomba
dan Penyelamat serta penduduk
kampung menyambung semula
operasi mencari sejak awal pagi
ini.
--Bernama

No comments: