Tuesday, February 1, 2011

BANJIR:BANK DI SEGAMAT DAN LABIS TUTUP

Bank Di Segamat Dan Labis
Terpaksa Ditutup Akibat Banjir
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama)
-- Cawangan bank-bank komersil
di Segamat dan Labis, Johor,
terpaksa ditutup pada Isnin
akibat banjir, kata Persatuan
Bank-bank Malaysia (ABM) dalam
satu kenyataan pada Isnin.
Persatuan itu bagi pihak 10 bank
anggotanya, berkata keadaan itu
dipantau rapi dan bank berharap
dapat beroperasi seperti biasa
secepat mungkin.
Ia berkata pengguna boleh
memperoleh maklumat terkini
menerusi nombor bebas tol ABM,
ABMConnect 1-300-88-9980 dari
Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti
umum), 9:00 pagi hingga 5:30
petang atau menghubungi
nombor telefon bank masing-
masing.
Memandangkan esok cuti umum
untuk Wilayah Persekutuan,
orang ramai dinasihatkan
menghubungi nombor di atas
pada Rabu, 2 Feb, 2011.
Affin Bank Bhd boleh dihubungi
di 03-55223000, Alliance Bank
Malaysia Bhd (03-55169988),
AmBank (M) Bhd
(1-300-80-8888), CIMB Bank Bhd
(1-300-88-0900), EON Bank Bhd
(03-26161133), Hong Leong
Bank Bhd (03-76268899),
Malayan Banking Bhd
(1-300-88-6688), OCBC Bank
(Malaysia) Bhd (1-300-88-5000),
Public Bank Bhd (1-800-88-3318)
dan RHB Bank Bhd
(1-800-88-4663).
Banjir mencetuskan keadaan
cemas di beberapa negeri di
negara ini, menyebabkan tiga
orang terkorban, kerosakan
hartanah dan memaksa beribu-
ribu orang dipindahkan.
Setakat ini dua kematian
dilaporkan di Johor manakala
seorang lagi di Melaka.
Selain itu, banjir dan tanah
runtuh yang berlaku antara
Bahau dan Tampin di Negeri
Sembilan dan Kluang, Johor,
memaksa Keretapi Tanah Melayu
Bhd membatalkan perkhidmatan
ke Selatan dan Timur.

No comments: