Saturday, February 26, 2011

ADA PRO ASPIRASI DAN PRO MAHASISWA.YANG INI PULA PRO Setan

KANGAR: Dua penuntut sebuah
institusi pengajian tinggi awam
(IPTA) di sini, diburu polis
manakala lima rakan mereka
ditahan kerana disyaki merogol
seorang penuntut perempuan
yang juga rakan sekuliah dua
daripada suspek, baru-baru ini.
Tujuh suspek berusia 19 tahun
itu didakwa merogol mangsa
berusia 19 tahun di sebuah
rumah di Taman Seri Mawar,
Arau dekat sini, 15 Februari lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Perlis, Superintendan Nashir Ya
berkata, dua siswa diburu itu
dikenali sebagai Muhammad
Naim Mohd Kamaruzzaman, 19,
dan Ahmad Amirul Amin Rosley,
19, yang kini menghilangkan diri.
Menurutnya, dua suspek yang
diburu itu bersama lima lagi
rakan mereka disyaki merogol
mangsa yang juga penuntut IPTA
secara bergilir-gilir di rumah
disewa seorang daripada suspek
di Taman Seri Mawar.
“Kami sudah menahan lima
suspek dari IPTA di sini dalam
operasi khas dilancarkan selepas
menerima aduan daripada
penuntut perempuan berkenaan.
Bagaimanapun, Muhamad Naim
dan Ahmad Amirul melarikan
diri,” katanya pada sidang media
di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK)
Perlis di sini, semalam.
Beliau berkata, alamat terakhir
Ahmad Amirul Amin ialah Jalan
Raja Dewa Hilir, Kota Bharu,
Kelantan manakala Muhammad
Naim pula berasal dari Kampung
Bonggol Kemian, Paloh Rawa,
Machang, Kelantan.
“Mangsa dalam keadaan trauma
akibat kejadian itu,” katanya
sambil memaklumkan polis
menyiasat kes itu mengikut
Seksyen 376 Kanun Keseksaan
dan sabit kesalahan boleh
dikenakan hukuman penjara
sehingga 20 tahun dan sebatan.
Nashir meminta kedua-dua
suspek menyerah diri dan orang
ramai yang ada maklumat
mengenai mereka diminta
menghubungi Ketua Bahagian
Siasatan Jenayah Ibu Pejabat
Polis (IPD) Arau, Asisten
Superintendan Jamalulail Ibrahim
di talian 012-520 3977 atau
menghubungi balai polis
berhampiran.
Polis turut mengedar gambar
kedua-dua suspek untuk siaran
media...(metro)

No comments: