Monday, January 17, 2011

WANITA MELAYU TERCANTIK CALON PAS DI DUN TENANG?

Mula mula gua sangka datin normala samsudin bini YB PADANG BESAR jadi calon pas.rupanya yang ni cikgu normala sudirman bukan datin normala bekas pengacara tv3.gua ingat kejutan besar awal tahun.


Bawah Ni gua cilok dari malaysiakini Abdul Rahim Sabri & Kuek Ser
Kuang Keng | 16 Jan, 11 1:08pm
PAS meletakkan calon wanita -
Normala Sudirman - untuk
bertanding mewakili parti itu
dalam pilihan raya kecil DUN
Tenang pada 30 Januari ini.
Pengumuman itu dibuat oleh
presiden PAS Datuk Seri Abdul
Hadi Awang dalam satu majlis
ceramah Pakatan Rakyat di
Dataran Wayang Pacak di Labis
malam ini.
Hadir memberi sokongan ialah
presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail, penasihat
DAP Lim Kit Siang, setiausaha
agung PAS, Datuk Mustafa Ali
serta beberapa pemimpin
Pakatan yang lain.
Normala (kanan) merupakan
ketua Muslihat PAS Labis, dan
tidak pernah bertanding dalam
pilihan raya sebelum ini.
Normala adalah guru lulusan
Kolej Perguruan Tuanku Bainun,
Pulau Pinang dan bertugas di
Sekolah Kebangsaan LKTP
Kemelah, Segamat, selepas
meletak jawatan baru-baru ini.
Beliau berbuat demikian kerana
undang-undang pilihan raya
melarang kakitangan kerajaan
bertanding dalam pilihan raya.
Keputusan PAS meletak calon
wanita di Tenang dilihat sebagai
satu langkah untuk
mensasarkan sokongan
pengundi Cina yang merupakan
39 peratus pemilih berdaftar di
Tenang.

No comments: