Thursday, January 20, 2011

Bunga raya dan bunga bunga pilihan raya

Semua boleh jadi berita dan buat berita.penangan pilihan raya.


NAJIB LUPA ZIARAH SETIAUSAHA
UMNO CAWANGAN TENANG -
harakah daily
Para petugas PAS dari Pahang
terpaksa mengurus dan
mengimamkan solat jenazah
Setiausaha Umno Cawangan
Felda Tenang yang meninggal
dunia semalam apabila imam
yang bertugas terpaksa
meraikan kedatangan Perdana
Menteri ke tanah rancangan
Felda itu.
Abdul Latif Subhi bin Mohd Din,
61, meninggal dunia selepas
diserang sakit jantung dan darah
tinggi yang melampau selepas
menguruskan kedatangan PM ke
Felda itu.
Namun, sehingga jenazah beliau
selamat dikebumikan, Perdana
Menteri, Razak tidak sempat
menjenguk jenazah beliau
walaupun masjid yang
menempatkan jenazah itu hanya
50 meter dari padang tempat
acara untuk Perdana Menteri
diadakan.
"Jenazah itu berada di masjid
sejak jam 10 pagi. Ia tidak
diziarahi apatah lagi
disembahyangkan oleh Presiden
Umno yang datang ke situ,"kata
seorang saksi kejadian itu pagi
semalam.
Allahyarham Abdul Latif adalah
bekas MP Tentera Darat dan
pagawai Pertahanan Awam
adalah pewaris Felda. Beliau
meningalkan empat anak dan
seorang cucu di samping
balunya, Puan Maimunah Hindun.
"Suasana pilu dan terkilan
menyelubungi keluarga
Allahyarham apabila imam
bertugas ada bersama meraikan
Najib dan akhirnya jenazah
disolatkan oleh sukarelawan PAS
daripada Pahang selepas Zohor
di masjid itu.
"Inilah akhlak kepimpinan Umno
kepada ahlinya sendiri," kata
saksi itu ketika menceritakan
peristiwa ini.
Najib tiba di Labis dengan
helikopter pada 9.30 pagi Selasa
semalam. Sejak jam 10 pagi,
jenazah Allahyarham
ditempatkan di masjid itu untuk
membolehkan Perdana Menteri
menziarahinya kalau-kalau
sempat.
Najib telah melawat Felda
Chemplak Barat dan
menyempurnakan majlis
pelancaran Pusat Jalur Lebar
Komuniti dan merasmikan
gelanggang futsal di situ
sebelum meluangkan masa
bersarapan dengan warga
peneroka.
Walaupun beliau dan
rombongannya melintasi masjid
Felda Tenang, tempat jenazah itu
ditempatkan sejak jam 10 pagi,
ia tidak langsung dipeduli, jauh
sekali untuk disolatkan, dijenguk
pun tidak sempat.
Sementara itu, Cikgu Normala
Sudirman, yang diumumkan oleh
PAS akan menjadi calonnya
dalam pilihan raya kecil Tenang
ini telah menziarahi jenazah
Allahyarham jam 1.30 tengahari
sebaik sahaja selesai solat Zohor.
Beliau mengucapkan takziah
kepada balu Allahyarham dan
meminta semua keluarganya
bersabar dengan dugaan dari
Allah itu

No comments: