Tuesday, January 18, 2011

AMAH PUNYA PASAL:GUA YANG RUGI

Biar betul statmen kat bawah ni.habaq saja ejen yang rugi.takda amah masuk berarti takda duit masuk lah.senang cerita.cuba korang sifir seribu ringgit kali 50 ribu.brapa?majikan ok je tak sampai buat perhimpunan haram.
Dah tak mahu hantar amah nak wat camna.ringan sikit tugas imigresen

17 Januari, 2011 22:33 PM
Kekurangan Sumber Pembantu
Rumah Asing Dianggarkan
Melebihi 50,000
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama)
-- Masalah kekurangan sumber
pembantu rumah asing kian
meruncing apabila Persatuan
Agensi Pekerja Asing (PAPA)
menganggarkan kekurangan itu
mencecah lebih 50,000 orang.
Kira-kira 60 agensi pembantu
rumah asing mengadakan
pertemuan di sini hari ini yang
dipengerusikan oleh bekas
Presiden PAPA Datuk Raja
Zulkepley Dahalan bagi
membincangkan hal tersebut.
Raja Zulkepley berkata masalah
ini berlarutan berikutan
kelewatan proses
menandatangani memorandum
persefahaman (MoU) antara
Malaysia dan Indonesia
berhubung penghantaran
pembantu rumah ke negara ini.
"Tidak ada apa-apa sebab
munasabah untuk kita
melambat-lambatkan proses
tandatangan ini kerana saya rasa
isu mengenai cuti dan pasport
telah selesai setelah mengadakan
perundingan dengan pihak
Indonesia baru-baru ini," katanya
dalam sidang media selepas
perjumpaan tersebut.
Menteri Sumber Manusia Datuk
Dr S. Subramaniam semalam
dilaporkan berkata Malaysia dan
Indonesia masih berunding
untuk mencari jalan penyelesaian
kepada beberapa isu yang
berkaitan dengan pengambilan
pembantu rumah dari Indonesia.
Raja Zulkepley berkata majikan
telah pun dimaklumkan
mengenai isu pasport yang
dipegang sendiri oleh pembantu
rumah dan mendapat cuti sehari
dalam seminggu di mana ia
bukanlah lagi satu isu.
"Pembiayaan penempatan
seperti kos pembiayaan dan kos
operasi yang bermasalah pun
kini dalam peringkat terakhir, isu
kos ini dijangka tidak akan
membebankan majikan dan juga
pembantu rumah," katanya.
Beliau berkata Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak telah
mencapai kata sepakat
berhubungan isu ini pada 29
Ogos tahun lepas melalui satu
surat hasrat (LOI).
Katanya antara lain, surat itu
mencapai persetujuan di mana
Tenaga Kerja Indonesia (TKI)
berhak memegang sendiri
pasportnya, mendapat hak cuti
sehari dalam seminggu dan
pembayaran gaji diawasi oleh
masing-masing negara sesuai
dengan kelayakan mereka.
Oleh itu, beliau berkata kerajaan
perlu mempercepatkan proses
menandatangani MoU tersebut
supaya tidak merugikan dan
membebankan kedua-dua pihak
kerana kedua-dua negara telah
pun mencapai kata sepakat
melalui LOI itu.
-- BERNAMA

No comments: