Thursday, November 29, 2012
Pemerhati perhimpunan Umno dari bahagian padang besar perlis meninggal mengejut
Pemerhati perhimpunan Umno meninggal
mengejut
Seorang pemerhati Umno dari Padang Besar,
Perlis tidak berkesempatan mendengar
amanat Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun
Razak pada Perhimpunan Agung Umno hari
ini, apabila meninggal dunia secara mengejut
kerana sakit tua.
Wan Othman Yaakob, 60, anggota
jawatankuasa Umno bahagian Padang Besar
yang berasal dari Kampung Alor Tampang,
Jalan Bukit Keteri, Perlis, mengadu sesak nafas
di lobi hotel penginapannya di Jalan Raja Laut
pada pukul 6.30 pagi.
Allahyarham kemudian dibawa ke biliknya
oleh rakannya sebelum rebah dan meninggal
dunia, kata jurucakap hotel itu kepada
Bernama.
Beliau berkata pihaknya kemudian
menghubungi Hospital Kuala Lumpur yang
menghantar sebuah ambulans dan pegawai
perubatan mengesahkan Wan Othman
telahpun meninggal dunia.
Katanya Wan Othman dilaporkan sedang
bersiap sedia untuk ke Pusat Dagangan Dunia
Putra bagi mengikuti majlis perasmian
perhimpunan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi
ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan
menerima laporan mengenai kematian Wan
Othman pada pukul 7.45 pagi.
Beliau berkata anggota perubatan HKL
mengesahkan Wan Othman meninggal dunia
akibat sakit tua, dan jenazahnya dibawa
pulang ke Perlis oleh keluarganya untuk
dikebumikan.
Sementara itu, semasa majlis perasmian
perhimpunan agung berkenaan, Pengerusi
Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin
memaklumkan kepada para perwakilan
mengenai kematian Wan Othman dan
perwakilan ke perhimpunan itu
menyedekahkan Al-Fatihah kepada roh
Allahyarham.
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment