SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas,
Mohamad Sabu menafikan tuduhan Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi yang mendakwa beliau
mengamalkan ajaran Syiah.
Mohamad dalam laporan Harakahdaily
menafikan dengan keras tuduhan
berkenaan dan menyifatkan dakwaan
Ahmad Zahid itu sebagai tuduhan berniat
jahat.
"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang
Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah
Wal Jama'ah," dakwanya.
Semalam, media melaporkan ucapan
Ahmad Zahid menggemparkan
Perhimpunan Agung Umno 2013 apabila
meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) mengambil tindakan ke atas orang
nombor dua Pas kerana didakwa
mengamalkan ajaran Syiah.
Ahmad Zahid itu ketika sesi penggulungan
PAU memberikan 'lampu hijau' kepada
Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang
memegang portfolio agama menjalankan
tugasnya.
"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin
Syiah itu jadi orang nombor dua dalam Pas.
Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil
tindakan terhadap kepimpinan kedua parti
itu," katanya.
Dalam pada itu itu, Mohamad atau Mat Sabu
berkata akan berbincang dengan
peguamnya untuk mengambil tindakan
undang-undang terhadap Ahmad Zahid.
"Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi
kena bincang dengan peguam dulu,”
ujarnya.
Showing posts with label mat sabu syiah. Show all posts
Showing posts with label mat sabu syiah. Show all posts
Sunday, December 8, 2013
datuk zahid hamidi tuduh pemimpin no 2 pas adalah penganut syiah
cuma tak sebut nama yang disebut dari parti pas dan jawatan no 2 tertinggi mungkinkah yang dimaksud adalah mat sabu?
Label:
mat sabu,
mat sabu syiah,
naib presiden umno,
pas,
pemimpin no 2 pas penganut syiah,
penggulungan naib presiden 2013,
perhimpunan agung umno2013,
syiah,
timbalan presiden pas
Subscribe to:
Posts (Atom)
