PRIVACY POLiCY

Friday, July 18, 2014

PESAWAT MH17 TERHEMPAS DI DAERAH KONFLIK UKRAINE DAN PEMISAH RUSIA KERANA DITEMBAK PELURU BERPANDU

Pesawat MH17 terhempas di Ukraine
11:00PM Jul 17, 2014
Sebuah pesawat dari Malaysia dilaporkan
terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia,
lapor agensi berita lewat malam ini.
Malaysia Airlines mengesahkan pasukannya
terputus hubungan dengan pesawat BOEING 777
dengan nombor penerbangan MH17.
"Kedudukan terakhir adalah di ruang udara
Ukraine," kenyataan MAS di Twitter dipetik.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam
tulisan di Twitter menyatakan rasa terkejut
dengan perkembangan itu.
"Saya terkejut dengan laporan bahawa
pesawat MH terhempas. Kita sedang
melancarkan siasatan serta merta," katanya di
Twitter.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri
Hishammuddin Hussein berkata dakwaan
bahawa pesawat itu ditembak jatuh masih
belum disahkan.
"Tiada pengesahan bawah ia ditembak jatuh.
Tentera kita sudah diarahkan untuk
menanganinya," katanya di Twitter.
Sementara itu, laporan Reuters yang memetik
laporan agensi berita Interfax menyebut,
pesawat itu membawa 295 penumpang dan
anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Menurut Reuters yang memetik kenyataan
sumber penerbangan di Moscow menyebut,
pesawat itu ditemui terbakar di permukaan
tanah di timur Ukraine.
Laporan Interfax itu memetik sumber industri
penerbangan, yang masih belum dapat
disahkan buat masa ini.
Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada
jam 2.14 pagi waktu tempatan dan dijangka
tiba di Kuala Lumpur pada kira-kira jam 6
pagi.
Sementara itu, laporan Al-Jazeera menyebut,
pesawat itu mungkin terhempas di kawasan
yang menyaksikan pertempuran sengit antara
Rusia dan Ukraine.
Menurut Interfax, pesawat itu terhempas
hanya 50 km selepas memasuki ruang udara
Rusia.
Laporan yang memetik sumber keselamatan
Ukraine yang tidak dinamakan itu menyebut,
pesawat itu hilang dari radar ketika berada di
ketinggian 10,000 meter.
Berikut adalah perkembangan terbaru
sejak jam 12.01 pagi, Jumaat 18 Julai.
12.31am: Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak dalam tulisan di Twitter menyatakan
rasa terkejut dengan perkembangan itu.
"Saya terkejut dengan laporan bahawa
pesawat MH terhempas. Kita sedang
melancarkan siasatan serta merta," katanya di
Twitter.
12.28am: Koresponden Reuters di timur
Ukraine melaporkan menyaksikan bangkai
pesawat terbakar dan badan manusia di
kawasan bencana.
Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak
dilaporkan akan tiba tidak lama lagi di pusat
operasi Malaysia Airlines yang dibuka di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur.
12.24am: Presiden Ukraine, Petro
Poroshenko menafikan tenteranya
menembak jatuh pesawat Malaysia, lapor DPA.
12.15: Laporan Reuters memetik kenyataan
penasihat kerajaan Ukraine yang berkata
pesawat Malaysia itu ditembak jatuk oleh
militan di timur Ukraine, mengorbankan
kesemua 295 orang dalam penerbangan
tersebut.
Ia menyebut, pesawat itu jatuh dekat bandar
Donetsk, yang menjadi kubu kuat pemisah
pro-Rusia.
Menteri tersebut, Anton Gerashchenko
dilaporkan berkata, pesawat itu terkena
tembakan peluru berpandu dari permukaan
darat.
Laporan itu mendakwa, penduduk tempatan
telah menemui bangkai pesawat.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas kunjungan korang semua