Friday, March 28, 2014

terbongkarnya rahsia 30 tahun mahatir mohammad

Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali
berlaku, bekas timbalan perdana menteri
Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa
perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir
Mohamad berada di Kuala Lumpur,
bukannya China sebagaimana yang
diberitakan sebelum ini.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa
yang juga menteri keselamatan dalam
negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19
November 1985 yang mengorbankan 14
orang dan berpuluh yang lain cedera.
Musa mendedahkan perkara ini dalam
Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang
anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang
diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.
Turut serta bersama beliau sebagai panel
adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa
dan moderatornya adalah Profesor Madya
Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.
Musa ketika menjawab soalan Agus berkata,
Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika
kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas
kejadian itu pun dia berada di Kuala
Lumpur."
Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh
my God," dengan nada terkejut ekoran
pendedahan Musa itu kerana media
melaporkan Dr Mahathir berada di China
ketika kejadian itu berlaku.
"Ok, my God, our God," kata Musa
menyambut kenyataan Agus sambil ketawa
dengan pendedahan itu.
Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik
hitam dalam politik saya adalah Memali, saya
cakap terus terang." Musa berkata, itulah
juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-
kawanya dalam politik dan di mana-mana.
Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia,
peristiwa Memali berlaku pada 19 November
1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang
dan berpuluh-puluh yang lain tercedera
serta penahanan beratus-ratus orang.
Kesemua yang ditahan telah dibebaskan
kecuali 36 orang.
Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA).
Dalam pertempuran antara orang kampung
dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud
atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya
terbunuh.
Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi
Angkara atau Operasi Hapus'.
"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku
Perdana Menteri Malaysia berada di China,"
menurut Wikipedia, dan kini baru
didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila
beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada
di Kuala Lumpur.
Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba
menahan Ibrahim Libya di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana
didakwa mengamalkan ajaran sesat.
Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri
kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya
polis merempuh perumahan Ibrahim Libya
dan pengikutnya dengan kereta perisai dan
mengakibatkan 14 terbunuh.
Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu
dan Dr Mahathir selaku perdana menteri
terlepas kerana dia diberitakan berada di
luar negara ketika itu, iaitu China.
Pendedahan Musa hari ini akan memberikan
satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.
PAS menyifatkan semua yang terbunuh
sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah
Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur
Allahyarham dan pengikutnya serta
menyiramkan air mawar di atas pusara
mereka.

No comments: