Wednesday, February 12, 2014

Adenan satem Ketua menteri serawak

Dato' Sri Hj Adenan Hj Satem
merupakan muka lama dalam politik
Sarawak. Dinobatkan sebagai juara
dalam perdebatan mengenai Tanah Adat
di Sarawak pada akhir 1980 an dan
1990 an, Datuk Adenan merupakan
political figure yang cukup hebat di
dalam kabinet negeri pada masa itu.
Sekarang ini dilantik sebagai Menteri
Tugas-tugas Khas Sarawak. Beliau
merupakan bakal Ketua Menteri Sarawak
yang ke 5 setelah
Pehin Sri Tan Sri Hj.
Abdul Taib Mahmud menghantar surat
perletakan jawatan pada 28 Februari
2014.
Pemilihan pucuk pimpinan
Dalam pemilihan Parti Pesaka Bumiputra
Bersatu tahun 2002, beliau bersama-
sama Datuk Sri Abang Abdul Rahman
Zohari bertanding untuk merebut
jawatan Timbalan Presiden Parti. Walau
bagaimanapun nasib tidak menyebelahi
beliau apabila tewas di tangan Abang
Zohari, seterusnya dilantik sebagai Naib
Presiden Kanan Parti oleh Majlis
Tertinggi, sesuatu yang janggal di dalam
parti semenjak 30 tahun penubuhannya.
Penonjolan kepimpinan beliau amat
ketara di dalam parti sehingga ada desas
desus yang mengatakan bahawa beliau
bakal menggantikan
Pehin Sri Tan Sri Hj.
Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua
Menteri Sarawak yang baru. Selepas
Pilihan raya Parlimen diadakan pada
tahun 2004 yang lepas, dengan
menggantikan Cikgu Sukinam Domo di
Parlimen Batang Sadong, beliau dilantik
sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam
Sekitar Malaysia, suatu jawatan yang
tidak asing bagi menteri yang berasal
dari Sarawak.
Perubahan pucuk pimpinan
Namun begitu pada Februari 2006,
rombakan kabinet Persekutuan telah
diadakan dan beliau tidak disenaraikan
di dalam kabinet tersebut. Alasan
Perdana Menteri ialah Dato' Sri Adenan
sendiri meminta supaya beliau tidak
dinamakan sebagai menteri,
kemudiannya diakui oleh Adenan sendiri.
Lain alasan ialah untuk memberi
konsentrasi di dalam pilihan raya negeri
yang bakal dilangsungkan pada
Mei
2006. Episod Adenan dan kepimpinan
serta politik negeri Sarawak amat sunyi
sehinggalah selepas pilihan raya ke-9
2006 beliau tidak dilantik semula di
dalam kabinet negeri. Untuk rekod di
dalam pilihan raya ke-9 2006 tersebut
beliau ditukarkan ke kerusi Tanjung
Datu, dan kerusi lama beliau bertukar
tangan kepada calon baru iaitu Datuk Sri
Muhammad Ali bin Mahmud iaitu adik
kandung Ketua Menteri sendiri. Dalam
rekod pilihan raya yang lepas kawasan
Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi
Kawasan
Muara Tuang merupakan kubu
kuat Parti Barisan Nasional dan
mempunyai majoriti yang tertinggi bagi
negeri Sarawak. Adenan sekali lagi di
kawasan barunya mendapat majoriti
undi yang juga tinggi dengan
mengalahkan dua pencabarnya dari
BEBAS dan calon Keadilan Rakyat dengan
majoriti 4136.
Melepaskan jawatan Naib
Presiden
Pada bulan Februari 2007, beliau telah
melepaskan jawatan Naib Presiden PBB.
Akan tetapi beliau dilantik semula
menjadi Ketua Penerangan PBB
berkuatkuasa 4 Mac 2007 sekaligus
menamatkan desas desus yang beliau
akan mengndurkan diri daripada arena
politik.
Keputusan pilihanraya negeri
2006
Dalam Pilihan raya DUN Sarawak
2006 ,Adenan Satem mewakili
BN
mendapat 4,545 undi dan menang.Calon
lawan ialah Sobey bin Daud (
Keadilan
-409 hilang deposit ;Larry Dominic
Linang (Bebas-357 HD) Majoriti 4,136 .
Keputusan pilihanraya negeri
2011
Dalam pilihan raya 2011, beliau
bertanding mewakili
BN dan mendapat
4218 undi dengan majoriti 3216. Lawan
beliau ialah Gilbert Asson Anak Kulong
dari parti Bebas mendapat 215 undi.
Calon lain ialah Nani Bt Sahari-(
PR-1002)

No comments: