Mayat pertama Nur Syafikah Rusdi ,14
ditemui di Alor Senibung, Pendang lewat
petang semalam manakala dua adiknya Nur
Izzati Husna Rusdi,12 dan Puteri Nurul
Akma Rusdi, 3, ditemui di Alor Semela, Kg
Padang Petani, Alor Setar pukul 4 petang
tadi.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad
Ibrahim, pihaknya akan menyiasat kes
tersebut dimana mengikut keputusan awal
bedah siasat mayat pertama didapati lemas
kerana muka mangsa tersembam pada
lumpur.
Katanya lagi, hasil laporan bedah siasat
mangsa pertama (kakak sulung) yang
ditemui semalam didapati mangsa mati
kerana lemas dan tiada sebarang kesan
rogol ke atas mangsa.
Malah motosikal yang dinaiki ketiga-tiga
mangsa berada dalam keadaan baik di
pondok menunggu bas dalam keadaan
berkunci.
Tambah Ahmad sehelai seluar turut
dijumpai berhampiran mangsa kedua
tetapi masih belum dapat dikenalpasti
sama ada seluar itu kepunyaan mangsa
petama ekoran mangsa pertama yang
ditemui separuh bogel lewat petang
kelmarin.
“Kejadian lemas ini bukan kejadian biasa
kerana ketiga-tiga mayat mangsa ditemui
dikawasan berasingan,” tambah beliau.
Bedah siasat akan dijalankan secepat
mungkin keatas dua lagi mayat mangsa
yang baru ditemui lewat petang tadi.
Kes disiasat dibawah seksyen 302.
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas kunjungan korang semua