Tuesday, December 17, 2013

kabar gembira BRIM datang lagi!!

KUALA LUMPUR - Permohonan Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka
dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan,
menurut Kementerian Kewangan dalam
satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu penerima BR1M
sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi
perlu mengemas kini maklumat peribadi
termasuk alamat, maklumat anggota
keluarga dan akaun bank.
"Bagi pemohon baharu pula boleh
mendaftar secara dalam talian atau secara
manual dengan mengisi borang
permohonan BR1M 2014 secara percuma
mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.
Borang permohonan BR1M 2014 boleh
didapati di pejabat cawangan dan pusat
khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan
dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau
dimuat turun melalui laman web LHDN di
www.hasil.gov.my.
Pembayaran akan dibuat kepada yang layak
bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka
memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah
serta dua juta individu bujang.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh
menghubungi talian hotline 1-800-88-2716
yang dibuka mulai 23 Dis ini, dari Isnin
hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5
petang.
Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata
pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah
berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah
akan dinaikkan daripada RM500 kepada
RM650, manakala untuk indvidu bujang
berusia 21 tahun dan ke atas dengan
pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan
dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.
Selain itu caruman Insurans Takaful
Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M
bernilai RM50 akan diberi kepada semua
penerima isi rumah BR1M bagi memberi
perlindungan maksimum sehingga
RM30,000 kepada penerima sekiranya
berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan
tinggal sebatang kara juga akan menerima
kenaikan jumlah bantuan daripada RM500
kepada RM650. - Bernama
Utama

No comments: