Sunday, December 1, 2013

Gempaq :pembunuhan kejam di kedah!

Alfatihah kita hadiahkan untuk arwah.semoga penjahat durjana cepat diberkas polis

Remaja perempuan
dibunuh, dua adik ditemui
mati

ALOR SETAR 1 Dis. - Mayat seorang remaja
perempuan yang dipercayai dirogol dan
dibunuh ditemui di kawasan bendang di
Alor Senibong dekat sini semalam manakala
dua adiknya dilapor hilang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP
Mohd Nashir Ya berkata mayat remaja
berusia 14 tahun itu ditemui orang awam
dalam keadaan separuh bogel kira-kira
pukul 3.45 petang.
"Polis belum mendapat petunjuk tentang
dua adik mangsa yang dilapor hilang.
Operasi mencari mereka sedang dijalankan
dengan bantuan unit anjing pengesan,"
katanya kepada pemberita di tempat
kejadian hari ini.
Remaja tersebut bersama dua adiknya yang
berumur tiga dan 12 tahun dilapor keluar
dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar
dengan motosikal kira-kira 7.30 malam
untuk ke rumah rakan mangsa di Kampung
Gelam yang berdekatan bagi mengambil gajinya yang bekerja membotol bahan
pencuci.
Mohd Nashir berkata setelah ketiga-tiga
anaknya tidak pulang dan gagal ditemui
setelah puas dicari, ibu mereka Siti Aishah
Arifin, 40, membuat laporan polis di di Balai
Polis Langgar kira-kira pukul 2 pagi.
Sementara itu laporan terkini menyebut,
dua adik remaja yang dilaporkan hilang itu
disahkan maut selepas mayat mereka
ditemui di sungai Pekan Langgar di sini
petang ini

No comments: