Saturday, December 21, 2013

cerita lain tentang kes cikgu Lizah buang

AYER KER0H - Seorang peniaga jubah
mengaku tidak bersalah di Mahkamah
Majistret di sini, semalam atas pertuduhan
pemerasan dan memiliki gajet
mengandungi video lucah.
Tertuduh, Irfan Ahmed Ashraf Muhammad,
38, membuat pengakuan itu selepas faham
empat pertuduhan dibacakan jurubahasa
mahkamah dalam bahasa Inggeris di
hadapan Majistret, Syajaratudur Abd
Rahman.
Irfan didakwa melakukan pemerasan
hingga mendorong Lizah Buang, 49,
menyerahkan wang tunai RM10,000 di
sebuah restoran di Bukit Beruang, Melaka
Tengah kira-kira jam 12 tengah hari pada
20 November 2013.
Dia dituduh mengikut Seksyen 383 Kanun
Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara sehingga 10 tahun atau
denda atau sebat atau mana-mana dua
daripada hukuman berkenaan.
Irfan turut berhadapan pertuduhan
memiliki komputer riba jenama Dell
mengandungi filem lucah yang
bertentangan kesopanan awam di sebuah
hotel Jalan KL 3/8, Taman Kota Laksamana,
Melaka Tengah kira-kira jam 7.30 malam
pada 30 November 2013.
Dia juga didakwa melakukan dua kesalahan
sama
dengan memiliki thumbdrive
(pemacu jari) dan telefon bimbit jenama
Samsung di sebuah stesen minyak di Jalan
Panglima Awang, Melaka Tengah kira-kira
jam 6.45 petang pada hari sama.
Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, dia
didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta
Penapisan Filem 2002 yang boleh dihukum
denda maksima RM50,000 atau penjara
sehingga lima tahun atau kedua-duanya
sekali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya,
Nabilah Nizam ketika pendakwaan
meminta mahkamah tidak memberikan
jaminan terhadap tertuduh yang
merupakan warga asing.
“Saya membantah jaminan diberikan
kepada tertuduh namun jumlah jaminan
tinggi perlu diberikan jika mahkamah
membenarkan jaminan terhadapnya,”
katanya.
Bagaimanapun, peguam bela, Zulfiqri
Zakaria dan Intan Nazifa Ahmad merayu
anak guam mereka dijamin dengan kadar
rendah dengan alasan menanggung isteri
dan dua anak yang kini menetap di
Pakistan.
Selepas mendengar rayuan itu,
Syajaratudur kemudian membenarkan
tertuduh diikat jamin sebanyak RM13,000
dengan dua penjamin dan turut
menetapkan kes disebut semula pada 7
Januari depan.
P/s
agak agak korang mamat ni guna visa apa?

No comments: