Bandar Kuantan Lumpuh, Keadaan Banjir
Semakin Buruk Di Pahang
KUANTAN, 4 Dis (Bernama) -- Keadaan
banjir di Pahang kini semakin buruk dan
semakin banyak mangsa banjir
dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan di
negeri ini.
Bandar Kuantan kini hampir lumpuh
apabila kebanyakan kawasan terputus
bekalan elektrik dan air, selain jalan raya di
sekitar bandar dinaiki air sehingga
melebihi 1 meter akibat hujan tidak
berhenti hingga hari ini.
Beberapa kawasan perkampungan dan
perumahan di sekitar Kuantan turut
terputus bekalan elektrik dan air, selain
dinaiki air sehingga melebihi dua meter.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu
Pejabat Polis Kontinjen negeri sehingga
pukul 11 pagi tadi, sebanyak 11,721
mangsa banjir ditempatkan di pusat-pusat
pemindahan banjir di daerah Kuantan,
Rompin, Pekan, Maran dan Jerantut.
"Di Kuantan, sebanyak 4,148 mangsa banjir
ditempatkan di 33 pusat pemindahan,
Rompin (3,615 mangsa di 10 pusat
pemindahan), Pekan (2,716 mangsa di 9
pusat pemindahan), Maran (1,179 mangsa
di sembilan pusat pemindahan) dan
Jerantut (63 mangsa di sebuah pusat
pemindahan).
Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan
premis perniagaan, swasta dan institusi
kewangan di bandar Kuantan tidak
beroperasi berikutan bekalan elektrik
terputus.
Pengamal media di Pahang turut
menghadapi kesulitan untuk beroperasi
bagi melaporkan situasi banjir terkini di
Pahang.
Para penduduk di kawasan rendah dan
kawasan perumahan di sekitar Kuantan
diarah bersiap sedia berpindah berikutan
hujan masih berterusan dan dijangka
berlaku air pasang dari laut dan
bertembung dengan air Sungai Kuantan
serta Sungai Lembing pada malam ini.
Berdasarkan tinjauan Bernama, beberapa
pusat pemindahan juga mengalami
masalah bekalan makanan dan keperluan
asas berikutan kawasan penempatan
mangsa banjir tidak dapat dihubungi
menerusi jalan darat.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas kunjungan korang semua