Tuesday, November 26, 2013

pirate kecik

Kegiatan tiga orang remaja
yang menjadi pengendali laman web muat
turun filem tempatan dan luar negara
secara haram akhirnya memakan diri
apabila diserbu penguat kuasa
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
baru-baru ini.
Lebih mengejutkan, dua daripada remaja
terbabit kini mengambil peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan seorang baru
sahaja tamat Penilaian Menengah Rendah
(PMR).
Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK,
Mohd. Roslan Mahayudin berkata, tiga
remaja berusia 15 hingga 18 tahun itu
dikenalpasti mengendalikan tiga laman
sesawang muat turun secara haram iaitu
web
www.allinoneatheremovies.blogspot.com,
www.pjsenter.com dan
www.piratebytez.com.

No comments: