Saturday, November 9, 2013

kenapa dilucut gelaran?

JOHOR BARU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim
Iskandar telah menarik balik gelaran 'Datuk'
yang dikurniakan kepada bekas Pengarah
Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
Johor, Hamsan Saringat.
Sultan juga menitahkan agar Hamsan, yang
juga Pengarah Yayasan Pelajaran Johor
memulangkan semula darjah kebesaran
yang dikurniakan kepadanya.
Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk
Abdul Rahim Ramli berkata, baginda turut
bertitah Pingat Ibrahim Sultan Pangkat
Kedua (P.I.S 11) yang dikurniakan kepada
Hamsan juga ditarik balik dan dibatalkan
serta merta.
"Mulai tarikh itu, Hamsan bin Saringat tidak
boleh menggunakan gelaran Datuk dalam
apa jua urusan," katanya dalam satu
kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, Sultan Johor membuat
keputusan itu mengikut kuasa-kuasa di
bawah Fasal 7(2)(f) Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Negeri 1895 dan Fasal 13 Undang-
Undang dan Peraturan Bagi Darjah Mahkota
Johor Yang Amat Mulia.
Hamsan dikurnia Darjah Mahkota Johor
Yang Amat Mulia Pangkat Kedua Datuk
Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J) yang
membawa gelaran Datuk pada 2005 oleh
Sultan Iskandar Ismail

No comments: