Sunday, October 20, 2013

kuatnya pengaruh dssk di arau

inilah hasil demokrasi..kita mesti terima bahawa kepemimpinan datuk seri sahidan kasim dan keluarga masih diperlukan di umno bahagian arau
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Dr Shahidan Kassim mengekalkan jawatan
Ketua Umno Bahagian Arau pada pemilihan
Umno Bahagian itu semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno
Perlis Datuk Abdul Azib Saad mengumumkan
bahawa Shahidan mendapat 478 undi
berbanding pencabarnya Pengerusi
Jawatankuasa Kesihatan Perlis Jafperi Othman
yang mendapat 206 undi.
Adik Shahidan, Datuk Ismail Kassim pula
mengekalkan kedudukannya sebagai
Timbalan Ketua Umno Bahagian Arau apabila
menewaskan pencabarnya Senator Khalid
Ahmad.
Ismail yang juga anggota Dewan Undangan
Negeri kawasan Tambun Tulang memperoleh
439 undi manakala Khalid yang merupakan
Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis
memperoleh 230 undi.
Sabtu lalu, isteri Shahidan, Datin Seri Shamsiah
Md Yassin menang jawatan Ketua Wanita
Umno Bahagian Arau pada pemilihan sayap
parti itu, mengalahkan penyandangnya, Datuk
Mastika Junaidah Hussin.

No comments: