Friday, September 13, 2013

papa gomo kalah dalam saman fitnah

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan
blogger pro-Umno, Papagomo perlu
membayar RM500,000 kepada seorang ahli
perniagaan bagi bayaran ganti rugi
terhadap satu tuntutan saman fitnah.
Perintah itu dibuat selepas mahkamah
mengenal pasti Papagomo sebagai Wan
Muhammad Azri Wan Deris.
Ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Noor
memfailkan saman RM10 juta terhadap
Papagomo, mendakwa blogger itu secara
tersirat menyatakan beliau penipu yang
memperolehi jutaan ringgit dalam Sukan
Komanwel.
Dalam keputusannya hari ini, Suruhanjaya
Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera
memerintahkan Papagomo membayar
RM200,000 bagi ganti rugi am dan
RM300,000 ganti rugi teladan.
Beliau juga membenarkan injunksi untuk
menghentikan Papagomo daripada terus
memfitnah Abdul Razak.
Vazeer juga memerintahkan Papagomo
membayar kos RM50,000 kepada ahli
perniagaan itu.
Dalam keputusannya, Vazeer berkata,
Papagomo tidak insaf dengan tindakannya
dan ia kelihatan dalam kelakuannya ketika
memberi keterangan dalam perbicaraan
tuntuntan saman fitnah itu.
Beliau berkata, keputusan itu akan memberi
pengajaran kepada blogger yang memuat
naik artikel berbentuk fitnah dalam
ketanpanamaan (anonymity)

No comments: