Thursday, June 6, 2013

gempaq:jambatan pulau pinang 2 runtuh!

Sebahagian daripada struktur jambatan
kedua Pulau Pinang runtuh dalam satu
kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam
7 malam ini.
MP Bayan Baru Sim Tze Tzin, yang kini berada
di lokasi kejadian berkata bahagian jejambat
sepanjang 30 meter di kawasan daratan di
Batu Maung itu runtuh dalam kejadian
tersebut.
Menurutnya, beliau menerima panggilan
mengenai kejadian itu sekitar jam 7.15 malam
tadi dan sampai ke tempat kejadian pada
kira-kira jam 7.30 malam.
Sepasukan anggota bomba kini sedang
membersihkan sisa runtuhan tersebut,
katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau belum mendapat angka rasmi namun
pihak bomba mengesyaki terdapat sekurang-
kurangnya sebuah kereta di bawah runtuhan
tersebut, katanya.
"Ini adalah kemalangan yang paling buruk
melibatkan binaan yang pernah berlaku di
Pulau Pinang," kata Sim yang merupakan
bekas jurutera awam.
Jambatan kedua Pulau Pinang yang sedang
dalam pembinaan dan dijangka siap pada
September 2013.

No comments: