Wednesday, April 3, 2013

TMJ UNDUR DIRI JADI PRESIDEN PBNJ

BERIKUT KENYATAAN PENUH TUNKU ISMAIL:
"Saya, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku
Makhkota Johor, dengan ini ingin memaklumkan
bahawa saya telah membuat keputusan dan
mendapat titah perkenan dari DYMM Sultan
Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan
dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan
Takluk Darul Takzim, dan juga hasil daripada
perbincangan bersama Penasihat Undang-
undang Negei Johor, dengan ini, saya meletakkan
jawatan saya sebagai Presiden dalam Persatuan
Bolasepak Negeri Johor.
Keputusan ini saya buat kerana saya merasakan
jika saya "memegang jawatan sebagai Presiden
dan pada masa yang sama saya juga adalah
Tunku Mahkota Johor, maka amat sukar untuk
saya mentadbir urus Persatuan Bolasepak Negeri
Johor yang sentiasa terikat dengan undang-
undang dan peraturan FAM.
Oleh kerana itu, saya membuat keputusan untuk
menjadi dan mentadbir PBNJ sebgai Penaung,
serta merta mulai hari ini. Ini kerana mengikut
hirarki protokol, saya sebagai Tunku Mahkota
Johor adalah selayaknya memegang jawatan
sebagai Penaung dalam PBNJ. Dengan jawatan
saya sebagai Penaung, ini akan membuka lebih
banyak ruang dan peluang dan juga kelebihan
bagi saya mentadbir urus dalam PBNJ
termasuklah dalam aspek pengurusan kewangan,
kebajikan kakitangan PBNJ dan juga pemain-
pemain di samping dapat membuat keputusan
yang lebih tepat apabila saya memegang jawatan
di peringkat tertinggi dalam persatuan ini.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi
terima kasih kepada semua penyokong
bolasepak negeri Johor di seluruh pelusuk tanah
air yang mana telah bersusah payah beramai-
ramai memberi sokongan yang tidak terbatas
kepada pasukan bola sepak negeri Johor selama
ini. Sokongan padu daripada anda semua
amatlah saya hargai dan saya harapkan agar
ianya berterusan sampai bila-bila kerana dengan
adanya sokongan anda, pasukan Johor boleh
terus gah berdiri di persada bolasepak tanah air.
Untuk makluman semua, jawatan Presiden
Persatuan Bolasepak Negeri Johor Darul Takzim
selepas ini akan disandang oleh Datuk Obet Bin
Tawil, Setiausaha Kerajaan Johor. Saya berharap
anda semua dapat memberi sokongan yang
penuh kepada beliau dan anda semua tidak perlu
risau kerana saya sentiasa berada di sini bersama
anda semua sebagai Tunku Mahkota Johor dan
juga saya akan sentiasa memantau dan
mengikuti segala perjalanan dan juga aktiviti bola
sepak negeri Johor ini dari perigkat akar umbi
sehinggalah ke peringkat yang lebih global.
Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan ribuan
terima kasih atas sokongan penyokong-
penyokong bolasepak negeri Johor yang selama
ini menyokong dan memberi kepercayaan
kepada saya dalam menaikkan nama baik PBNJ.
Saya juga menyeru agar sokongan padu dari para
penyokong akan sentiasa berterusan demi
menaikan imej dan juga mutu pemain-pemain
bolasepak negeri Johor dan juga PBNJ.
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullah
Hiwabarhakatuh."

No comments: