Sunday, March 3, 2013

korban serang hendap penceroboh bertambah

LAHAD DATU - Seorang pegawai dan empat
anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban
dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki
bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul,
Semporna, Sabah semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata,
kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8
malam itu turut menyebabkan dua anggota
kumpulan bersenjata terbabit terbunuh.
Kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis
Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan
siasatan di kampung berkenaan berikutan polis
mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki
bersenjata di kampung itu, katanya pada sidang
akhbar di sini hari ini.
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal
Abidin dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri
dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman
Datuk Salleh Mat Rashid.
Ismail berkata, anggota polis itu ditembak
semasa menuju ke sebuah premis di kampung
berkenaan dan mereka membalas tembakan
untuk mempertahankan diri

No comments: