Kesultanan Sulu adalah sebuah
kerajaan Muslim yang suatu masa
dahulu pernah menguasai Laut Sulu di
Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan
pada tahun 1450. Ketika zaman
kegemilangannya, negeri ini telah
meluaskan sempadannya dari
Mindanao sehingga ke timur Sabah.
Sejarah
Pada tahun 1380, seorang ulama
keturunan Arab, Karim ul-Makdum
memperkenalkan Islam di Kepulauan
Sulu. Kemudian pada tahun 1390, Raja
Bagindo yang berasal dari
[1]Minangkabau meneruskan
penyebaran Islam di wilayah ini.
Hingga akhir hayatnya Raja Bagindo
telah mengislamkan masyarakat Sulu
[2]sehingga ke Pulau Sibutu.
Sekitar tahun 1450, seorang Arab dari
Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu
Bakr tiba di Sulu. Beliau kemudian
bernikah dengan Paramisuli, puteri
Raja Bagindo. Setelah kematian Raja
Bagindo, Abu Bakr melanjutkan
pengislaman di wilayah ini. Pada tahun
1457, ia menubuhkan Kesultanan Sulu
dan memakai gelaran "Paduka Maulana
Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu
Bakr". Gelaran "Paduka" adalah gelaran
tempatan yang bermaksud tuan
manakala "Mahasari" bermaksud Yang
Dipertuan.
Pada tahun 1703, Kesultanan Brunei
memberikan Timur Sabah kepada
Kesultanan Sulu atas bantuan mereka
menumpaskan pemberontakkan di
Brunei. Pada tahun yang sama,
Kesultanan Sulu menganugerahkan
Pulau
Palawan kepada Sultan Qudarat
dari Kesultanan Maguindanao sebagai
hadiah perkahwinan Sultan Qudarat
dengan puteri Sulu dan juga sebagai
hadiah persekutuan Maguindanao
dengan Sulu. Sultan Qudarat
kemudiannya menyerahkan Palawan
kepada
Sepanyol
No comments:
Post a Comment