dilahirkan di Kampong Telok, Panji, Kota Bharu, Kelantan
Darulnaim pada 1 Februari 1943)
adalah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1426 H pada 10 Februari 2005.
Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu, sebelum memasuki Special Malay Class pada tahun 1943 di Sekolah Sultan Ismail, yang kemudiannya menjadi Maktab Sultan Ismail, atau Sultan Ismail College hingga ke Tingkatan 5. Beliau kemudian mengambil Higher School Certificate (HSC) di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star Kedah.
Pada tahun 1963, beliau memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam tahun 1966. Kemudian beliau menjadi
tutor dan mendapat M.A. tahun 1969.
Beliau terus mengajar di Jabatan
Pengajian Islam UM hingga ke tahun 1973 apabila beliau kembali ke Kelantan untuk menumpu masa sebagai seorang penulis dan pendakwah bebas hingga sekarang. Pada tahun 1995, beliau dikurniakan
Ijazah Doktor Persuratan Kehormat oleh Universiti Sains Malaysia (USM) kerana usaha-usaha dan penulisannya dalam pemikiran Islam dan dakwah.
Minat kajian beliau adalah di dalam:
Bidang ilmu-ilmu Islam dan falsafah Barat Pemikiran semasa dan pandanganIslam tentangnya
Akidah Sunni, faham ilmunya dan
pandangan hidupnya Beliau banyak menumpukan masanya
di dalam masyarakat setempat dengan melaksanakan pengajian kitab di masjid-masjid sekitar Pasir Mas dan Kota Bharu, Kelantan selain dari menunaikan jemputan ceramah di merata tempat.
Di antara penulisannya yang telah
dihasilkan beliau ialah:
“Al-Quranul-Karim, terjemahan dan
Huraian Maksud”-terjemahan dan
huraian tambahan atas tafsir Inggeris
oleh Abdullah Yusuf Ali, keluaran
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (5
jilid).
“Fathul Mu’in, terjemahan dan
Huraian Maksud”, terbitan Majlis
Ugama Islam Negeri Kelantan, Kota
Bharu, Kelantan.
“Peradaban dalam Islam” terbitan
Pustaka Aman Press, Kota Bharu, edisi
1976 dan beberapa cetak-ulang.
“Memahami Islam" terbitan Pustaka
Aman Press, Kota Bharu, Kelantan,
1977.
“Islam, Peribadi, Tarbiah dan
Institusi” terbitan Majlis Ugama Islam
Kelantan, 1987.
“Islam dan Kebudayaan” risalah
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) berdasarkan kepada wacana
tentang kebudayaan yang disampaikan
pada tahun 1989 di Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas kunjungan korang semua