Tuesday, January 22, 2013

Buanglah sampah (bukan bayi) di tempat sampah

Seorang gadis bertindak kejam apabila nekad
membungkus dan mencampakkan bayi luar
nikah yang dilahirkannya ke tong sampah, di
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH),
kira-kira jam 12.30 tengah malam, Sabtu
lepas.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Aziz Salleh
berkata gadis berusia 24 tahun itu berasal
dari Pasir Puteh, Kelantan dan dipercayai
bekerja di sebuah pasar raya di Temerloh.
"Dia dibawa ke HOSHAS oleh rakannya selepas
mengadu sakit perut.
"Ketika sedang mendapatkan rawatan gadis
itu bergegas ke tandas berhampiran dan
terkejut ketika sedang membuang air besar
melihat bayi perempuan yang dikatakan
cukup sifat terjatuh dalam mangkuk tandas,"
katanya kepada pemberita
di Kuantan semalam.
Aziz berkata, dipercayai selepas melihat
keadaan bayi perempuan itu sudah tidak
bernyawa, gadis terbabit mengambil plastik
dalam tong sampah sebelum membungkus
mayat bayinya dan membuang dalam tong
sampah.
Katanya, gadis terbabit kemudian berlagak
selamba ketika berjalan keluar dari tandas
berkenaan sebelum dipanggil oleh doktor
yang bertugas untuk menjalani pemeriksaan.
"Doktor terbabit terkejut selepas mendapati
perut gadis berkenaan kempis sebelum
memanggil seorang jururawat dan meminta
menjalankan pemeriksaan di dalam tandas
yang dikunjungi gadis itu.
"Hasil pemeriksaan, jururawat terbabit
menemui beberapa titik darah berhampiran
tong sampah sebelum membuka tong itu lalu
melihat plastik dipenuhi darah bersama
mayat bayi berkenaan," katanya.
Katanya, selepas dimaklumkan penemuan
mayat bayi perempuan itu, doktor terbabit
menghubungi Balai Polis Temerloh dan polis
menahan gadis berkenaan.
Siasatan awal mendapati, bayi perempuan itu
berusia enam bulan dan disahkan meninggal
dunia ketika dalam kandungan namun punca
kematian masih dalam siasatan.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun
Keseksaan kerana menyembunyikan
kelahiran.

No comments: