Monday, December 24, 2012

kuantan jadi lautan

Bandar Kuantan lumpuh dilanda banjir kilat
5:49PM Dis 24 2012
Beberapa kawasan di sekitar bandar Kuantan
hari ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat
yang berlarutan sejak malam semalam.
Kejadian itu juga menyebabkan beberapa
jalan utama di pusat bandar mengalami
kesesakan lalulintas setelah jalan raya dinaiki
air sedalam 1.5 meter.
Antara jalan yang ditenggelami air setakat
pukul 3 petang ini ialah Jalan Tun Ismail Satu,
Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim
Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan
Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan
Terminal Makmur.
Tinjauan Bernama di beberapa kawasan
sekitar pusat bandar mendapati banyak
kenderaan yang terkandas di jalan raya dan
beberapa premis serta pusat beli-belah utama
terpaksa menutup perniagaan akibat situasi
yang tidak terduga itu.
Di kawasan Air Putih dan Semambu, orang
ramai mula meninggalkan rumah masing-
masing seawal pukul 10 pagi dan
menyelamatkan barangan keperluan utama
setelah paras air sebatang anak sungai di
Kuantan melimpah dan naik sehingga 1
meter.
Tinjauan juga mendapati beberapa taman
perumahan iaitu di Sungai Isap, Taman LKNP,
Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit
Quarters dan Taman Teratai turut
ditenggelami air antara 0.1 meter dan satu
meter.

No comments: