Monday, November 19, 2012

Keputusan 5A UPSR 2012 : 45,054 murid berjaya Putrajaya – Seramai 45,054 calon UPSR (8.94 peratus) berjaya memperoleh 5A, penurunan sebanyak 0.54 peratus berbanding tahun lalu Salah seorang murid yang berjaya mendapatkan keputusan 5A pada UPSR 2011,tahun lepas Jumlah itu merangkumi 27,681 (10.61 peratus) calon bandar dan 17,329 (7.51 peratus) calon luar bandar Perkara itu diumumkan Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran, Dr Na’imah Ishak Beliau berkata, pencapaian keseluruhan calon UPSR juga menurun sebanyak 0.01 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.30 pada 2011 kepada 2.31 pada tahun ini Tambah beliau lagi,walau bagaimanapun,lebih ramai pelajar mendapat keputusan yang baik atau keputusan secara purata yang baik “Peratusan calon mendapat keputusan yang baik dengan minimum Gred C, tidak termasuk calon dengan keputusan semua gred A , meningkat sebanyak 1.49 peratus daripada 55.45 peratus pada tahun 2011 kepada 56.94 peratus (286,930 calon) pada 2012

No comments: